Angka Sebenar: 348 Hilang Kepercayaan Terhadap Rejim Guan Eng


Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menyertai semula Umno bersama 347 yang lain - dua tahun selepas keluar dari PKR.Beliau menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang hari ini.

Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berada di Pulau Pinang sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat."Saya menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden Umno... bersama saya hari ini 347 yang lain," kata beliau ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.Zahrain memenangi kerusi Bayan Baru dengan memperoleh 27,618 undi menewaskan calon BN, Ooi Siew Kim yang menerima 16,589 undi.Bagaimanapun beliau keluar PKR awal 2010 dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas yang mesra Barisan Nasional.

Selain beliau, beberapa wakil rakyat lain turut keluar PKR ketika itu.Ketika mengumumkan keputusan keluar PKR pada 12 Februari 2010, Zahrain, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, beliau akan menjadi Ahli Parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

Anonymous said...

Yg dok melalak tk puas hati dgn LGE aku tengok hari2 org yg sama juga.Hr ni ketua perhubungan BN PP,esok ketua pembangkang DUN PP dn lusa Ketua Pemuda UMNO PP.Mcm tu lh mereka br gilir2 menghentam LGE.Ada kh ini je rakyat PP.Rakyat PP sendiri tk ada apa cerita tentang LGE.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...