Sedih apabila 2 orang maut di jalan raya,merugikan kepada semua..
Letak AES juga dijadikan isu politik..katanya konon kerajaan nak buat duit dgn AES.
Bolehkah rakyat buka mata menilai dari sudut positif dan menilai kebaikan AES tersebut?
Kemalangan terjadi depan mata time aku driving balik rumah dengan keluarga dan kawan..
Selepas berlanggar asap keluar malangnya tak dapat nak membantu sebab takut kereta meletup.
Selepas dengar ada wanita teriak minta tolong ambik anak dia keluar baru kami pergi periksa pajero dan jumpa 2 orang kanak-kanak didalam.. sorang kanak-kanak selamat tanpa cedera, sorang lagi cedera sebab duduk di kerusi penumpang depan , mak dia tersepit terpaksa tunggu bomba.
Manakala mangsa dalam unser tu suami isteri meninggal on the spot sebab kecederaan teruk kat kepala dan badan.. tadi minta fon owner pajero tu sbb nak ambik contact no family dia tapi tak jumpa fon so just minta dia sebut no fon family kemudian call pakai fon sendiri..
Tak lama selepas itu dia sampai terus teriak tak hengat tengok isteri dia tersepit dan try tarik dia keluar tapi kami halang sebab takut kecederaan lebih teruk berlaku..
Pajero tu hilang kawalan sebab dipandu terlalu laju terus masuk laluan bertentangan dengan unser..
Unser cuba mengelak masuk kiri laluan rumput tapi tak sempat..
Kemalangan terjadi di area coaster road Bintulu ke Miri sarawak..
info sikit, pajero tu org brunei.. ingat, pandu cermat jiwa selamat.. sekadar berkongsi info..
No comments:
Post a Comment