Buka Dada Sudah Kena!

Hiasan

ANGGOTA penguat kuasa KDN memeriksa majalah yang memaparkan gambar wanita dalam keadaan mengghairahkan di sebuah kedai buku di Kuala Lumpur semalam.
KDN rampas majalah buka dada
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Unit Penguat Kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran semalam bertindak menyerbu sembilan buah kedai buku dan merampas kira-kira 300 naskhah majalah berunsur lucah dalam operasi yang dijalankan sekitar Lembah Klang.

Operasi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguat Kuasanya, Harris Fadzillah Abdul Ghani itu dilakukan di pusat beli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya dan Plaza Sungei Wang di sini.

Antara judul majalah yang dirampas ialah Hooters, FHM, Maxim, Tattoos, GQ dan Shape. Bagaimanapun, majalah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang menyiarkan empat keping gambar model Kate Moss tidak memakai coli tidak terdapat di kedai-kedai buku berkenaan.

Turut dirampas ialah majalah High Times dan Weed World yang mengajar cara menggunakan dadah dan menanam pokok ganja.

Menurut Harris Fadzillah, hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan majalah yang dijual secara terbuka di premis berkenaan diimport dari negara luar seperti China dan United Kingdom.
 
SYABAS AKU UCAPKAN KEPADA PIHAK BERKUASA DIATAS SERBUAN INI.
TERUSKAN!

CUMA AKU MINTA, JANGAN LUPA SEKALI MAJALAH HIBURAN TEMPATAN SEPERTI MANGGA YANG BANYAK MEMAPARKAN AKSI ARTIS 'BUKA DADA' SEPERTI INI.

KALAU SETAKAT CERITA GOSSIP ARTIS DAN FOTO BIASA MUNGKIN ITU MASIH BOLEH DITERIMA, TAPI KALAU DAH ORANG ISLAM PUN SEKSI MEKSI DEDAH SANA SINI, KDN JANGAN GENTAR KASI BANNED TERUS JE PERMIT PENGELUARAN MAJALAH SEPERTI MANGGA INI. 
SERIOUSLY, AKU PUN DAH NAIK MELUAT!
HAL-HAL INI RAKYAT LIHAT DAN MENILAI APAKAH USAHA KERAJAAN DALAM MEMBENDUNG PERLAKUAN KURANG MANIS TERUTAMANYA MEMBABITKAN UMAT ISLAM DI SEBUAH NEGARA ISLAM.

BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT. 
WALAUPAN MANGGA DI BAWAH SYARIKAT 'ITU'.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...