Video Sedang Panas: Bapa Belasah Anak (Info Terkini)



Video yang sedang menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna fesbuk mengenai perlakuan ganas ini telah keluar di TV3 siang tadi.
Tergamak lelaki itu tanpa peri kemanusiaan dan sungguh tak berhati perut sehingga sanggup membelasah dan memukul budak itu sehingga teruk sebegitu rupa.

Berikut aku sertakan kenyataan rasmi dari pihak Polis berkenaan kes ini. Moga dia dikenakan hukuman yang setimpalnya.

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) 

PERKEMBANGAN KES DERA KANAK-KANAK: 

Lelaki yang terlibat adalah bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, telah ditahan dan disiasat di bawah Sek. 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. 
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Kanak-kanak malang tersebut kini dirawat di Hospital Klang di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

****************************

Dikesempatan ini, aku kongsikan video demo duduk dan bantah oleh kaum India depan pejabat KDN yang dimaklumkan mereka dibayar RM100, disediakan bas dan diberi makanan percuma. 
Sungguh celaka pemimpin pakatan memainkan isu yang sedang diselesaikan oleh kerajaan ini sehingga sanggup mempergunakan warga kaum India yang dikhabarkan ada yang baru saja tiba dari India. 

Ini tak lebih sebagai tindakan untuk mengabui dan mengalihkan tindakan kejam rejim kerajaan PR yang banyak merobohkan kuil masyarakat Hindu di Selangor yang telah membangkitkan kemarahan orang india minggu lepas.



Kononnya dikatakan 300,000 orang yang tiada kad pengenalan ini, tapi bila pemimpin wanita bertudung sang pengadu domba itu bertanyakan soalan, tak sampai 100 orang pun yang angkat tangan. Ini bukti jelas bahawa demo ini tak lebih dari untuk buat kacau dan sekadar untuk meraih sokongan politik murahan saja.

1 comment:

mikey said...

Putting the offender in jail or fine him such a substancial amount, will make the mother suffers the most and the childred too.Who will feed and fend them.???
Suggest, commmunity work in public areas, eg toilet cleaning,rubbish collecters or other works for three hours aday after he finish his job for six to one year, wearing a tshist stated "SADIST FATHER".SHAME HIM.!!
Shame of him, he should figth his own age....!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...