Video-video insiden ini korang boleh tengok entry aku sebelum ini di .SINI.
Provokasi pembangkang didakwa menjadi penyebab kekecohan pada ceramah
Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak sehingga seorang Pemuda Umno menerima 9
jahitan di kepala, malam tadi.
Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata,
tindakan provokasi seorang penyokong pembangkang yang bertindak meluru
kepada Pemuda Umno menjadi punca insiden tersebut.
Beliau menjelaskan, penduduk setempat di Rantau Gombak Utara membantah
ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim kerana berlangsung di hadapan bilik gerakan peti undi Gombak
Utara, yang pada masa sama berlangsung taklimat pilihan raya.
“Apabila penduduk dan Pemuda Umno Bahagian mengadakan bantahan secara
aman di tempat kami, salah seorang daripada mereka telah meluru ke arah
kami sambil provokasi dilakukan pembangkang dari tempat mereka.
“Mereka membaling batu, periuk belanga, kuali, tong air yang datang
dari gerai-gerai di sepanjang jalan,” katanya pada sidang media di
Pejabat Pemuda Umno, Menara Dato' Onn di sini, hari ini.
Akibat kejadian itu, seorang Pemuda Umno cedera di dahi dan menerima
sembilan jahitan dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis
Gombak berhubung kejadian itu.
Pada ceramah umum Pakatan Rakyat yang dihadiri Anwar di Dataran Batu 8
1/2 , dua cedera masing-masing di dahi dan bahu kiri dalam insiden
provokasi, malam kelmarin.
Ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa
beliau mengetuai serangan tersebut, Megat berkata, tuduhan itu berniat
jahat.
“Saya mengetuai program yang Pemuda Umno adakan, tetapi saya tidak
mengetuai provokasi tersebut,” katanya yang mendakwa ceramah pembangkang
itu tidak memperolehi permit polis.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan siasatan kepada pihak polis dan bersedia memberikan kerjasama.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda Umno Cawangan Batu 10 Gombak,
Mohd Faizaruddin Mustafha, 37, yang cedera di dahi ekoran kejadian itu
menjelaskan, provokasi dimulakan oleh pembangkang apabila salah seorang
daripada mereka bertindak meluru ke arah Pemuda Umno yang berdiri di
seberang jalan berhadapan bilik gerakan.
“Kami hanya berdiri di hadapan bilik gerakan di seberang jalan tanpa
membawa sebarang objek, dan salah seorang daripada mereka meluru ke
arah kami.
“Kami cuba menolaknya, tetapi enggan berganjak malah lebih ramai yang
bertindak meluru kepada Pemuda Umno. Pada masa yang sama pelbagai objek
dilemparkan kepada kami,” katanya.
Tambahnya, kejadian sekitar jam 10 malam itu, telah menyebabkan beberapa Pemuda Umno turut mengalami kecederaan ringan.-SH
1 comment:
UMNO TAIK...
Post a Comment