Adakah ini suatu petanda jelas yang dapat kita simpulkan bahawa ini merupakan isyarat awal bahawa PAS bakal di tolak secara drastik dan total dalam pilihan raya ke 13 nanti?
Ini disebabkan pemimpin PAS jelas hanya beretorik untuk membantu rakyat Kedah namun sebaliknya yang berlaku mereka hanya sibuk berpolitik. Kebajikan dan keperluan rakyat Kedah ramai yang terabai.
Ceritanya berkisar tentang seorang penyokong PAS bernama Pak Ngah di Kampung Kebun Pinang pada 24 November lalu.
Bendera PAS-PKR yang terpacak di hadapan rumah Pak Ngah telah ditumbangkan oleh Pak Ngah sendiri dengan bantuan beberapa orang pemuda setempat. Kemarahan Pak Ngah berpunca daripada sikap dolak-dalih Phahrolrazi Zawawi yang memberikan pelbagai alasan apabila diminta untuk bertemu bagi menyuarakan pelbagai masalah yang berlaku di Kampung Kebun Pinang.
Janji Phahrolrazi Zawawi kononnya dia akan turun untuk meninjau masalah-masalah berkenaan, sudah berlalu semenjak empat tahun lepas. Phahrolrazi bagaimanapun, tidak pernah menjejakkan kaki langsung ke Kampung Kebun Pinang. Manakala permohonan bantuan untuk faedah penduduk pula langsung tidak dipedulikan oleh Phahrolrazi.
Beberapa permohonan telah dibuat berkali-kali tetapi sehingga kini, tiada satu pun yang mendapat reaksi daripada Phahrolrazi.
Bosan dengan sikap ADUN PAS yang merupakan Exco Negeri Kedah itu, Pak Ngah bertindak menebang tiang bendera yang menampilkan bendera PAS dan PKR.
Sebenarnya sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab wakil rakyat, tidak hanya membabitkan Phahrolrazi Zawawi, sebaliknya membabitkan KESEMUA ADUN PAS dan PAKATAN HAPRAK di Kedah, bahkan di seluruh negara. Mereka boleh ke sana ke mari termasuklah ke luar negara untuk membuat lawatan, makan angin mahupun bermain golf, tetapi mereka sangat culas untuk turun menjejakkan kaki dan memerhatikan setiap masalah rakyat.
Apabila diajukan permasalahan dan rungutan terhadap sikap yang mereka tunjukkan, apa yang mereka lakukan ialah MENYALAHKAN UMNO dan KERAJAAN TERDAHULU. Ceramah-ceramah segera diadakan untuk memahatkan dalam otak para pendengar bahawa segala masalah yang berbangkit sebenarnya adalah masalah dari zaman UMNO-BN. Pemimpin UMNO-BN yang tidak buat kerja.
Sedangkan ADUN-ADUN PAS tersebut hanya bekerja dengan cara berceramah. Itu pun ceramah berkenaan disusuli dengan edaran tabung-tabung unit amal yang mengumpulkan wang daripada para pendengar dan digunakan untuk membayar ADUN-ADUN PAS serta penceramah jemputan mereka.
Nampaknya, menjelang PRU13, makin banyaklah tiang-tiang bendera PAS yang akan ditumbangkan jika para pengundi menyedari ADUN-ADUN PAS dan Pakatan Haprak yang mereka pilih sebelum ini, hanyalah terdiri daripada golongan yang pandai bercakap dan berdalih tetapi tidak pandai dan tidak mahu membuat kerja untuk rakyat!!!
Sambung Di Sini
No comments:
Post a Comment