Pengakuan ADUN DAP: Pemilihan jawatankuasa eksekutif DAP Siang Tadi Dicemari Rasywahh!!

Apa lagi mau kata? Buah cempedak dah jadi buah nangka? 
Kata dulang paku serpih, mengata UMNO DAP yang lebih!!
Bukan aku yang tuduh tapi ni pengakuan ADUN DAP sendiri!
 Tak mustahil ramai yang menang jawatan dalam jawatankuasa eksekutif DAP siang tadi kebanyakannya semuanya guna pakai duit untuk membeli undi termasuklah tokong DAP yang termasyhur di Pulau Pinang iaitu Si Guan Eng?? 

Ni bukan korupsi?
Ni bukan penyelewengan?
Atau ini bukan penipuan?
DAP Parti telus dan mulus konon.. Hakk Tuihh!!

*********

dap congress election polling booths
Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim mencadangkan agar jawatan penting dalam DAP dipertandingkan secara terus dan bukan lagi dibincangkan oleh jawatankuasa eksekutif pusat semata-mata.

Menurutnya, perubahan itu dicadangkannya mengambil kira keahlian DAP yang semakin bertambah dan bagi membanteras bibit politik wang yang didakwanya sudah mula bercambah di dalam parti itu.

"Saya rasa sudah sampai masanya kita kaji semula perubahan dalam parti pimpinan pusat, setiausaha agung, pengerusi dan jawatan-jawatan penting kita biarkan rakyat, seluruh ahli kita memilih secara terus.

"Kerana apa? Kerana ahli kita sudah bertambah dan ada pemimpin-pemimpin yang sekarang ini sudah ada bibit-bibit mereka menggunakan politik wang.

"Walaupun tidak jelas tetapi sudah ada bibit-bibit menunjukkan keadaan ini.-

Petikan Malaysia Kini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...