Hot! Bakal Calon UMNO Ini Menyebabkan Anwar "Angkat Kaki' Dari Permatang Pauh??



Sedang heboh diperkatakan sekarang ini yang bakal calon UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh bukannnya datang dari yang ahli politik tegar yang mana sudah pasti bukannya dari kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh atau mana-mana bahagian sekalipun.

Aku turut yakin yang desas-desas ini ada kebenarannya berdasarkan cerita dari informer yang sangat boleh dipercayai.
Pertamanya aku sempat berbual dengan saudara terdekat Dr Mazlan ini yang membayangkan kemungkinan besar beliaulah calon yang bakal menggalas panji UMNO untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh berdasarkan beberapa faktor dan siri perjumpaan yang rasanya sulit untuk diceritakan di sini.

Dan yang keduanya aku mendapat maklumat sahih, Dr Mazlan sendiri akan membuka bilik gerakan Pilihanraya Parlimen Pauh di Kubang Ulu dalam masa yang terdekat berdasarkan pelbagai urusan-urusan yang telah Dr Mazlan lakukan ke arah membuka bilik gerakan tersebut.

Ini merupakan suatu perkembangan menarik bagi UMNO untuk menampilkan calon yang dikatakan berpewatakan alim dan bersih, seorang yang terpelajar jauh beza berbanding dengan Anwar yang hanya ada Ijazah Am Pengajian Bahasa Melayu serta anak tempatan yang datang dari Mengkuang dan yang paling penting, Dr Mazlan dikatakan 'winnable candidate' yang direstui oleh DS Najib sendiri.

Ini semua adalah 'x-factor' yang dimiliki oleh Dr Mazlan yang menyebabkan Anwar berkira-kira hendak angkat kaki berdasarkan artikel dibawah?
Mungkin Anwar dah terhidu bau kekalahan dan riwayat politiknya akan berakhir jika terus bertanding di Permatang Pauh. Anwar kini hanya mengharapkan penyokong tegarnya yang tak ramai mana pun serta pengundi import dari Kulim dan kawasan berhampiran yang bertukar tempat mengundi ke Permatang Pauh semata-mata untuk menunjukkan kekuatannya yang tak seberapa. Klik SINI

Tambahan lagi, gelombang BN di Permatang Pauh kini makin diterima oleh rakyat berdasarkan pelbagai gerak kerja dan turun padang yang telah dilakukan semakin dilihat membuahkan hasil.
Paling penting disini, kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh yang diketuai oleh Dato' Jalil serta barisan jenteranya haruslah menyokong dan bekerja untuk memenangkan calon ini 100%. Jauhkan dari sikap cah keting, tikam belakang dan sabotaj sesama parti.
InsyaAllah, kerusi Parlimen Permatang Pauh tak mustahil boleh ditawan kembali oleh UMNO/BN.

Lagi kupasan berkaitan Dr Mazlan boleh dibaca di MMI dan ASD.


Kenyataan dan pandangan menarik Dr Mazlan mengenai Bajet 2013 korang boleh baca diSINI

22 comments:

Anonymous said...

Tujuannya ialah untuk mempergunaan individu yang berwibawa. Kalau tak ambil ahli parti sebagai calon, apa guna jadi ahli parti. Kalau begitu elok ahli parti jangan undi partinya sebab mereka hanya dipergunakan, dan tidak berfungsilah berparti!

mat saje said...

umno mtg pauh pun duk berpuak2 sakan camna nak menang?
kena pulak org luaq yg tak ketahuan mai jadi calon, abih la geng tok jalil pakat kalih kot blakang..

berubahlah umno sebelum rebah!!

Unknown said...

sudah di lingkan..mohon link juga blog ambo harapan-esok.blogspot.com di blog soho tuan

Anonymous said...

fuhh, panjangnya resume dia, complicated and convincing!...cer suruh mat sabu tulis resume, mari kita lihatttt, sapa yang kenaaaa

Anonymous said...

salam perjuangan. blog hebat ini telah dipautkan. yg lain sedang menyusul.tq bro..

Anonymous said...

http://politiktegar.blogspot.com

Anonymous said...

Tahniah UMNO... satu permulaan yang amat baik dan memberansangkan... kita humban anwar kedalam tong najis..

Anonymous said...

salam....
saya orang permatang pauh....
mak bapak saya orang permatang pauh...kubang semang...
mak bapak mertua saya orang permatang pauh...mengkuang....
mereka semua adalah ahli UMNO...
dah ada 4 undi....
tp undi mereka tidak pergi kepada orang lain kecuali Anwar Ibrahim...
itulah sebab beliau menang lebih 15k undi dalam PRK...
orang permatang pauh memang sayang pada dia...
sapa pun calon yang bertanding....korporat ke...ahli politik ke....orang agama ke....ahli ekonomi ke.....ada harapan yang besar untuk kalah....
kajilah kenyataan ini.....

Kesatuan Melayu Muda Baru said...

bos aku kat telekom ni.. tapi xsilap aku, dia dulu kuat PAS.

baru resign dr TM 31 Jan... apapun rekod dia di TM baik..

Bos yang ok...

walaupun aku sokong PR, tapi respek ler dia berani bertanding kawasan DSAI..

Apapun walaupun management dia ok di TM tapi peluang menang di kawasan ini rendah... patutnya BN kene bagi dia bertanding kawasan BN yang kuat....

ini kaki rasuah/godam duit rakyat bagi kat kawasan selamat... yang bersih bagi kat kawasan susah menang..

Anonymous said...

tambahan pd Kesatuan Melayu Muda Baru:

anti-anwar tu..baru skrg ka bos nak lawan anwar.dulu tak bleh psl blm ada phd?? sjk kerja dgn sepupu najib CHCO tm tu dpt jgk jadik calon..tahniah.

bos,mmg aku nak sgt tgk sapa lebih terer..org yg jadi calon krn rakyat @ jadi calon sbb hal/krisis peribadi.. bos tak mau ka suggest kaswan jadik calon umno k.krai?? bos ajak sekali la.. kalo boleh ajak sekali bos2 (gen-X / pakcik makcik) dlm tm... tetap dgn idea kolot/purba di zaman it ni.. zaman skrg kena org zaman skrg@gen-Y duduk atas.

bos..painball dlm aktiviti TWP bkn membazir,itu saja cara nak release x puas hati pd bos2..

yg pasti mmg bkn psl nak jadik ahli parlimen kan bos.. ia hal peribadi.. psl bos sendiri pun tau majoriti TM/TNB adalah bkn BN ;-)

Anonymous said...

Aku pulak tak sabaq nak tengok pertandingan ni sebab bab politik memang menarik sebab orang yang waras pun boleh jadi tak waras Yg aku tau dulu Mazlan Ismail ni suka kalu dipanggil Tuan Haji tapi lepas dah ada Doktor dia suka org panggil dia Dok. Yang menarik dalam kerja awal 90an dulu ok org kuat PAS tolak pun tak rebah lepas tu kena beku dalam TM, dia pun buat ambik peluang sambung belajaq, so bila dah jadi Dok dan VP kat TM dia rasa inilah masanya nak balas balik jasa kat Umno pulak kot. Masa kat TM dok ni memang suka selesai masalah dengan cara menyebut "cuci taik-taik" yang puak/unit lain bagi kat unit dia. Dalam masa yang sama semuapuak/puak utara dalam TM dia tarik dan jamu naik pangkat. Puak ni pulak memang kaki ampu dan kipas maka berlambak la dok bertinggek kat Menara TM tu. La ni puak tu pun dah pening kepala sebab nak kena hala kipas kat lain pulak.
Buat Tuan Haji Dr. Mazlan, moga beroleh pertunjuk dalam mencari keredahaan yang hakiki. Kalau tak mau masalah jangan bela vespa buruk.Elok la makan tomyam sebab nasi kat rumah dah selalu makan dan jemu.

Anonymous said...

org ats,aku tau la doc mazlan ni bagus.rajin buat kerja.hang tu duk jeles apa.aku tabik dia sebab snggup lwn dngan a.ibrahim untuk islam.hmpa kira dk jilat, pi blah lah.anwar tu bukan berjuang untuk islam..kira nak dapat undi kapiaq ja.blah lah

Anonymous said...

hahaha hmpa nie truk suggoh duk kata kt dia,kalimah allah pon tkleh nk pertahan,kalau telok bleh bgi kt kapiaq aku rasa hmpa kerat da pa bagi kt kapiaq tuh..

Unknown said...

selama duk knai pak cik mazlan i think he's a very good person...mana ada dia duk tetapkan kena panggil tuan haji,doktor,dok or whtever..dia satu family low profile..yang tak kenai bleh kata macam2...dari dulu memang dia berjiwa rakyat..ada rezeki lebih dia tak lupa golongan OKU,orang susah..bukan mengampu tapi nak kasi tau dia calon TERBAIK nak dibandingkan dengan ANWAR...
orang pmtg pauh TOLONG celik mata besaq2!!

Unknown said...

selama duk knai pak cik mazlan i think he's a very good person...mana ada dia duk tetapkan kena panggil tuan haji,doktor,dok or whtever..dia satu family low profile..yang tak kenai bleh kata macam2...dari dulu memang dia berjiwa rakyat..ada rezeki lebih dia tak lupa golongan OKU,orang susah..bukan mengampu tapi nak kasi tau dia calon TERBAIK nak dibandingkan dengan ANWAR...
orang pmtg pauh TOLONG celik mata besaq2!!

Anonymous said...

Hilang wang pertaruhan di Permatang pauh. Kita tunggu & lihat...

Anonymous said...

Jika Dr mazlan dipihak yang benar insyaallah dia akan menang pru kali ni.. hanya Tuhan yang betapa mulianya hamba Allah nie.. amin

Anonymous said...

Jika dr mazlan di pihak yang benar insyaallah kemenangan bakal menjadi miik dia.. apa pun dia salah sorang hamba Allah yang sgt mulia

Ucin said...

Assalam. Aku pun org Pmtg Pauh, Kubang Ulu, tp bukan anak jati lah. Aku dok berkawan ngan adik dia..mmg Dr. Mazlan nie org kuat Pas. alih2 nk jd calon Umno sbb nk lawan DSAI, tp aku agak bukan kerana rakyat tapi hal peribadi kerana tak suka DSAI. Dulu satu keluarga dia dok kutuk umno sampai berbuih meleleh ayaq liuq. La nie nk cuci taik pulak. Dr. Mazlan hanya segelintir org Kubang Ulu saja yg kenal sbb dia tak duduk di Kubang Ulu..lain2 tempat tu tak tau la. Jgn hilang wang pertaruhan dah la, tp tak apa masyuk lebih..wallahualam..

Anonymous said...

supporting him....

Anonymous said...

Mudah-mudahan Dr menang di Permatang Pauh.. Amin...

birudamai said...

Semoga BERJAYA mengubah BN dr dalam walaupun mantan TPM dulu gagal. Jangan jadi calon BEBAS pulak utk PRU14 dh la mcm calon2 BN la ni yg kecewa dgn pucuk pimpinan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...