Pergolakan DAP & PAS Yang Terbaru!

Hiasan Je
PAS For All  hanyalalah retorik dan gimik murahan semata-mata. 
PAS sudah berkelakuan ala taliban. 
Kalau bagi depa memerintah, negara boleh jadi kucar-kacir dan perasaan tak puashati dianatara kaum akan setiasa wujud. 
Budaya mereka, hormatilah mereka.

BNlah parti yang sebenarnya memahami dan mengamalkan tolak ansur diantara semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Pilih pakatan memang tak dinafikan negara boleh huru-hara disebabkan ketidakmampuan mereka mengekalkan keharmonian diantara kaum dan ini boleh meledakkan kemarahan rakyat terhadap pemerintah.


*******************
Jelas nampak gambar diatas hanya lakonnan semata dari Nie Chin. Hancin la Pak Lobai sebelah tu kena kencin..

Kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS dikecam oleh DAP kerana garis panduan dari kerajaan negeri menghalang wanita dari melakukan persembahan sempena menyambut Tahun Baru Cina.

Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching, peraturan melarang wanita dari persembahan di pentas sempena Tahun Baru Cina dianggap sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

“Ini bukan sahaja tidak menghormati hak orang bukan Islam, ini juga diskrimikasi terhadap wanita. Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS harus mengkaji semula dan membatalkan garis panduan ini,” kata Teo yang merupakan ahli parlimen Serdang.

Menurut Teo, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat tidak akan bertahan lama, dan berharap kerajaan Kedah untuk lebih inklusif dalam menyentuh isu-isu sensitif.

“Ini bukan pertama kali kerajaan PR Kedah terlibat dalam kontroversi seperti ini, tindakan mereka menyebabkan Pakatan Rakyat menerima kritikan hebat dari parti komponen BN dan melemahkan peluang PR menjelang pilihan raya akan datang, dan tindakan tersebut hanya menjauhkan rakyat dari pentadbiran.

“Tidak ada parti politik dalam negara ini yang boleh bertahan dengan sokongan satu kaum sahaja. Keputusan dari kerajaan negeri Kedah ini bertentangan dengan semangat slogan PAS iaitu ‘PAS for All’,” katanya lagi.

Teo berkata, dengan slogan Perdana Menteri 1Malaysia terbukti mengelirukan, rakyat Malaysia juga mula mempersoalkan slogan “PAS for All”.

“Kerajaan PAS Kedah tidak seharusnya memandang rendah dengan orang ramai, PR diundi oleh rakyat kerana kemarahan mereka kepada BN.

“Jadi rakyat juga boleh lakukan perkara sedemikian kepada PR sekiranya mereka kecewa dengan pentadbiran,” katanya lagi.

Garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian, dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Garis panduan itu antara lain menggariskan cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau dan jika berlaku nyanyian dan tarian yang melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program yang dijalankan dengan serta merta.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina, sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada garis panduan mengenai penganjuran program ‘1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013′ yang akan berlangsung di Star Walk Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...