Buat Pecacai PR Kerja Kerajaan; Anwar Akan Kurangkan Penjawat Awam Sehingga Separuh Jika PR memerintah!


Anwar Ibrahim dalam laman webnya baru baru ini
http://anwaribrahimblog.com/2013/02/20/politik-dan-khidmat-awam/

berjanji akan meminimakan kakitangan awam sebaik mungkin

Meminima saiz perkhidmatan awam

Dalam mana kita komited untuk menaiktaraf skim saraan dan kebajikan anggota perkhidmatan awam, kita tidak seharusnya menafikan bahawa saiz perkhidmatan awam di negara ini adalah antara yang terbesar di dunia dan secara tidak langsung telah mengakibatkan kerajaan menanggung kos yang tinggi dalam perbelanjaan mengurus. Nisbah penjawat awam kepada penduduk Malaysia adalah sebanyak 4.68 berbanding Indonesia  sebanyak 1.79 dan Thailand sebanyak 2.06.[3]

Semakan saya mendapati, sehingga 30 September 2012, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memiliki seramai 40,558 kakitangan[4] dengan peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.74 bilion bagi tahun 2012.[5] Manakala White House pula memiliki seramai 468 orang kakitangan dengan perbelanjaan mengurus sebanyak USD37.8 juta atau RM115.3 juta.[6] Perbandingan ini jelas menunjukkan perbezaan ketara di antara pengurusan JPM dan White House baik dari segi perbelanjaan mahupun dari bilangan perjawatan.

Saiz perkhidmatan awam yang besar tidak menjamin kualiti penyampaian. Berdasarkan jawapan di dalam Parlimen[7] oleh Timbalan Menteri di JPM, Datuk Liew Vui Keong, di antara tahun 2005 hingga 2011 sejumlah 5,983 orang penjawat awam telah disiasat kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah. Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 816 orang penjawat awam telah didakwa di mahkamah, 324 orang disabitkan kesalahan, 69 orang dilepaskan dan 298 telah dibebaskan daripada pendakwaan. Manakala 105 kes masih lagi dibicarakan atau sedang melalui proses rayuan dan sebanyak 20 kes telah ditarikbalik.

Oleh yang demikian, satu tindakan menyeluruh perlu diambil untuk meminimakan saiz perkhidmatan awam di negara ini bertujuan untuk menjimatkan kos perbelanjaan serta untuk memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang wajar diserap dan dilantik untuk berkhidmat di dalam sektor awam.

Pada masa sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa mana-mana penjawat awam yang gagal menunjukkan prestasi kerja yang baik dan terjebak dalam masalah disiplin serta disabitkan dengan kesalahan jenayah – tanpa mengira pangkat dan kedudukan – perlu disingkirkan dari berkhidmat demi menjaga nama baik dan imej perkhidmatan awam.

A.S kata, ini semua kerja gila nak aniaya penjawat awam yang permanent terutamanya orang melayu. Kesian kepada penjawat awam yang majority besarnya orang melayu.

Kalau Dap kita taulah niat mereka, ni Anwar Ibrahim! 

JELAS MAMAT NI PENGKHIANAT BANGSA!

Tu pun pecacai PR yang lawan kerajaan buta perut takde akai lagi nak fikir.. 
Mana mungkin mereka dikurangkan separuh?
 atas alasan apa pekerja itu hendak dibuang?
 kalau nak berjanji biarlah berpijak dialam nyata. apa akan jadi dengan mereka yang dibuang kalau berita ini benar. kuasa membeli rakyat akan berkurang, kemelesetan ekonomi akan terjadi.

DAP juga sudah bersumpah untuk mengurangkan kakitangan awam sehingga separuh seperti dilaporkan oleh akhbar keratan cina

    Sinchew Daily News m/s 9



    Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan 

Dikurangkan Separuh Setiap Tahun  Ikut Peringkat: Tony 

Pua Kiam Wee

    ‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

    31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata,  jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

    Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

    “Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

    Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

    Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja.  Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

    Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu,
    sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

    Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara  majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).

    Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...