Sadis! 30 je hadiri ceramah Pas

Hanya 30 hadiri ceramah Pas di Felda Bukit Rokan

Program-program anjuran pembangkang di negeri ini semakin gagal mendapat sambutan.Terbaru, hanya kira-kira 30 orang sahaja yang menghadiri majlis penerangan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran parti itu yang diadakan di Felda Bukit Rokan Utara, di sini malam tadi.

Kecewa dengan sambutan tersebut, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Taufek Abd. Ghani berjanji untuk mengadakan ceramah di dewan yang lebih besar apabila pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan di negeri itu selepas pilihan raya umum nanti.

Jika kita parti pemerintah, maka ceramah seperti ini tidak akan diadakan di bilik gerakan seperti ini, tetapi dewan besar di Tampin,'' katanya ketika menyampaikan penerangan itu.

Bagaimanapun janji Mohd. Taufek itu sekadar menerima sorakan kecil penyokong Pas yang menghadiri ceramah tersebut. 

Published with Blogger-droid v2.0.8

2 comments:

Anonymous said...

Tak lama dahhh pasnak hidup

Anonymous said...

Ramai tak datang sebab tak de Abby Abadi dan Zarina Ann Tetek

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...