#LahadDatu Terkini.. 2 anggota cedera, 85 penceroboh ditahan

11.05 pg - Pengawasan di Kawasan OperasiOperasi pihak keselamatan di kawasan hutan dara yang menjadi tempat musuh bersembunyi. Pertempuran malam tadi membuktikan penceroboh tidak berniat untuk melakukan genjatan senjata

11.00 - Sidang akhbar pagi dilakukan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib

- Anggota yang tercedera berusia 25 tahun dan dihantar ke Hospital Sandakan

- Menafikan tindakan kejam dan tidak berperikemanusian kepada rakyat Filipina di Sabah.

- kematian di pihak penceroboh tidak dapat dipastikan bagi pertempuran malam tadi yang tamat pada jam 4 pagi

- mayat-mayat penceroboh masih tidak dapat dikeluarkan kerana keadaan masih merbahaya di kawasan pertempuran

- Anggota yang tercedera dari PGA Batalion Miri yang ditembak seorang di bahagian betis dan seorang di bahagian peha- "Orang awam" yang memasuki zon Merah seramai 60 orang juga ditahan

- Malam tadi pukul 8 malam anggota keselamatan bertempur selama enam jam dan dua anggota keselamatan cedera. Pertempuran berlaku di Tg. Batu

- 85 orang ditahan bagi membantu siasatan (tali barut penceroboh)

10.10 pg - PDRM menimbang untuk menambah anggota keselamatan di Lahad Datu dan Pantai Timur Sabah

- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

degawan said...

pastikan mereka2 ini jgn ada sesiapapun yg terselamat lebih2 lg jgn sesekali biarkn mereka dpt mnyusup lari keluar daripd zon kepungann kita....kita tunaikan pemintaan mereka untuk mati di lahad datu...binatang-binatang bgini ta harus dbiarkn hidup di bumi malaysia...allahuakbar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...