Watikah terbaru Raja Nusantara @ White Spiritual Boy yang korang harus baca


17 Jamadilawwal 1434

29 Mac 2013

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera kepada semua umat rakyat Beta di Malaysia dan juga seluruh Nusantara.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yangmemerintah sekalian alam Solawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan Para2 Sahabat SAW. Syukur Alhamdulilah, Beta amat terharu dan bersyukur ke Hadrat Allah SWT begitu ramai sekali umat rakyat Beta yang mengikuti tentang hal Beta ini benar atau pun palsu akan ceritanya. 

Pelbagai komen.pendapat,caci maki dan pelbagai-bagai lagi,Alhamdulillah Beta bersyukur ada juga umat yang di gerakan oleh Allah untuk mengikuti tentang Beta ini untuk mencari akan kebenaran tentang ceritanya.

 Beta berdoa memohon kepada Allah SWT agar di beri kekuatan untuk melaksanakan TUGAS dan AMANAH yang di berikan dan menunaikan perintahNya. InshaAllah kebenaranya pasti akan tiba nanti bila jadual dan waktu dari Nya sudah tiba.

 InshaAllah setelah Beta menaiki takhta Negeri Kedah dan YDP Agong Malaysia @ Raja Nusantara secara rasmi dalam waktu terdekat, Allah akan turunkan dan naikan kekayaan dari langit dan bumi (sudah tersedia) sebagai anugerah kepada Beta untuk umat sebagai keperluan pemeritahan Akhiruzaman Fasa 1. 

Apapun kekayaan ini bukan lah maksud kepada pemerintahan Beta, iannya hanya keperluan dunia untuk maksud jalan ke akhirat dengan berpegang dan berlandaskan AQURAN DAN SUNNAH SAW. Mengajak umat kembali Esakan Allah dan Taat kepada Rasul serta kembali hidup di JALAN AMALAN KENABIAN juga untuk membebaskan diri umat daripada syirik kepada Allah seperti zaman sekarang ini dan terkeluar dari fitnah Dajjal. 

Dengan ini juga sebagai keperluan dunia untuk maksud jalan ke akhirat Beta telah merancang dan mencadang akan beberapa perkara sebagai keperluan untuk umat rakyat Beta di Malaysia sebagai contoh pemerintahan.

Antara cadangan cadanganya seperti berikut:

Elaun sara hidup seisi keluarga(Islam) DL2000-3000@RM sebulan selama 10 tahun

Elaun sara hidup seisi keluarga(bukan Islam DL1000-1500 @ RM sebulan selama 10 tahun

Elaun perkahwinan (isteri pertama sahaja) DL10,000 @ RM

Potongan 50% harga barang keperluan umat seperti Petrol,Minyak Masak,Gula,Beras dan yang lain-lain bersangkutan dengan keperluan dapur.

Tol di hapuskan sama sekali.

Pembelajaran percuma bermula dari anak berumur 5 tahun sehingga keperingkat Universiti.

Lain-lain cadangan akan di bincangkan bersama dengan Majlis Ulama Syura Kabinet Negara

INSHAALLAH..

Dari:Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II @ Raja Nusantara @ Sultan Kedah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Timbalan YDP Agong Malaysia

A.S KATA, MANA MAI PULAK SULTAN NI?
NADA MACAM PUAK PAKATAN HARAM SEBAB CADANGAN YANG TAK MASUK AKAL MIRIP
MACAM BUKU JINGGAY..

4 comments:

Laksamana Parang Pedang said...

Rosak dia ni.... Kebangkitan Islam, Sultan nusantara, merapu meraban la jawabnya.....

Ni la si raja nusantara tu. bukak akaun fb dengan puak pembangkangnya

https://www.facebook.com/pages/RajaNusantaragroup-Empayar-Langkasuka-Nusantara/142455975929096

Laksamana Parang Pedang said...

Rosak dia ni.... Kebangkitan Islam, Sultan nusantara, merapu meraban la jawabnya.....

Ni la si raja nusantara tu. bukak akaun fb dengan puak pembangkangnya

https://www.facebook.com/pages/RajaNusantaragroup-Empayar-Langkasuka-Nusantara/142455975929096

Anonymous said...

tak tahu nak kata apa, ratu adil lah ..pemuda bani tamim lah, agonglah, satrio piningitlah, selgala gelaran yang ada dalam dunia ni semua dia pegang!

kasihan budak ni, patut kena hantar tarbiyah ...

Unknown said...

Hemmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...