Zul Nordin Dikecam Hebat Gara-Gara Dikatakan Hina Agama Hindu


Hina dewa hindu dgn Sungai Ganges:MIC mahu Zulkipeli Nodin mohon maaf

 Pemimpin MIC memberitahu Datuk Zulkifli Noordin hari ini untuk “tutup mulut”, mohon maaf dan menarik semula kenyataannya yang dikatakan menghina agama Hindu.

Ahli parlimen bebas Kulim Bandar Baru itu dirakamkan dalam sebuah video dimuat naik di Youtube semalam, mempersoalkan kesucian Sungai Ganges di India, yang mana penganut Hindu menganggap suci, mengatakan terdapat bangkai ayam dan ranting kayu terapung-apung.

“Jika anda cetek pengetahuan, tutup mulut dan diam,” kata ahli jawatankuasa pusat MIC, Datuk T Rajagopalu kepada The Malaysian Insider.

“Beliau tidak layak menjadi ahli parlimen. Beliau peguam separuh masak dan bukan seorang Muslim sejati. Lelaki Muslim sejati tidak akan mengutuk agama lain,” tambah beliau.



Rajagopalu berkata Zulfikli yang juga merupakan naib presiden Perkasa dan peguam Sharia seharusnya membaca tentang Hinduisme dan Sungai Ganges sebelum memberikan komen.

Naib Presiden MIC Datuk S K Devamany menggesa Zulkifli memohon maaf dan menarik kembali kenyataannya.

“Bagaimana beliau boleh melakukan ini?” kata Devamany.

“Beliau adalah ahli parlimen yang sangat tidak bertanggungjawab. Kita sedang cuba menciptakan keharmonian dan keamanan dan konsep 1Malaysia, serta untuk melibatkan semua komuniti, dan mengharminikan perasaan semua orang… Beliau harus menarik balik dan sensitive kepada keperluan orang, penganut Hindu,” tambah beliau.

Hindu Sangam memberitahu awal hari ini video mengenai kenyataan Zulkifli yang dikatakan pembangkang sebagai satu serangan terhadap agama Hindu, telah mula keluar pada tahun 2001.

Badan yang memayungi pertubuhan penganut agama Hindu mengatakan mereka pernah mengadu tentang penghinaan terhadap agama Hindu dibuat oleh Zulkifli akan tetapi tiada tindakan diambil kerana beliau adalah seorang Muslim dan ahli Perkasa.

Zulkifli dilihat di dalam video menyampaikan kuliah agama dimana beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak melindungi kedainya dari ditimpa banjir.

Zulkifli juga dilihat menghina penganut Hindu yang mahu membeli patung yang telah patah.

“Berebut Hindu beli Tuhan, Tuhan gajah, semua sudah patah, saya tanyalah, aci, apasal beli Tuhan sudah patah. Dia jawab ‘tak apa balik kita taruk plaster,” kata ahli parlimen bebas itu, yang dipecat dari PKR.

Ahli jawatankuasa pusat MIC P Kamalanathan menyelar kenyataan Zulkifli sebagai “dalam cara yang paling keras.”

“Negara pelbagai kaum kami tidak perlu provokasi yang sensitif seperti itu yang bertentangan dengan ideal1Malaysia kerajaan,” kata Kamalanathan yang juga merupakan ahli parlimen Hulu Selangor kepada The Malaysian Insider.

National Indian Rights Action Team (NIAT) membuat laporan polis terhadap Zulkifli di Balai Polis Dang Wangi di sini hari ini.

“Kenyataannya sangat memalukan. Kenyataannya boleh menyebabkan ketegangan agama diantara Muslim dan Hindu,” kata pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Haj dalam satu kenyataan hari ini.

“Kenyataan YB Zulkifli juga menghasut. Laporan ini dibuat agar siasatan boleh dijalankan serta merta dan tindakan boleh diambil dengan segera terhadap YB Zulkifli,” tambah beliau.

Hari ini, pemantau hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengkritik Zulkifli kerana “tidak menghormati” masyarakat tersebut.

Ini adalah insiden kedua tahun ini di mana kepercayaan Hindu diserang.

Awal tahun ini, kolumnis Dr Ridhuan Tee Abdullah menimbulkan kemarahan MIC selepas didakwa menghina penganut Hindu dalam artikelnya di akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian pada 18 Februari.

3 comments:

mk said...

Tindakan Zul kali ini sememangmya sudah menjangkau batasan sepatutnya. Apa pun kalau nak buat penafian sudah nyata jelas statement yang dikeluarkan berunsur penghinaan kepada penganut Hindu. Sebaiknya mohon maaf diatas ketelanjuran yang berlaku dan tak perlu nak jadi macam Anwar si dayus tu dan tak pernah nak mengaku buat salah.

Talhah said...

Sebenarnya banyak orang keliru terutamanya orang Islam Malaysia bahawa Hindu sembah patung. Sebenarnya bukan sembah patung tetapi "bertawassul" dengan patung sebagai imej iaitu perantara di antara mereka dan Tuhan.

Patung-patung tu BUKAN TUHAN tetapi dewa-dewa. Dewa-dewa ini mungkin seorang Raja atau Pahlawan yang kuat dahulukala. Dewa-dewa ini juga mungkin salah satu sifat TUHAN yang dipersonifikasikan dalam bentuk material atau imej. Untuk memudahkan kita faham sebagai umat islam, kita mempunyai konsep sifat-sifat TUhan. Misalnya Al-Malik.(raja segala raja). Katakan kita orang Islam mengamalkan ketauhidan seperti Hindu maka kita buat patung untuk bertawasul dengan sifat TUHAN sebagai raja ini dengan ukiran patung yang mengambarkan sifat seorang raja ini. Patung ini mungkin kita ukir dengan mahkota Raja dan cokmar misalnya dan kita panggil AL- MALIK. Tetapi sebagaimana yang kita tahu kita orang Islam tidak memuja dan meuji TUHAN dalam satu sifatnya sahaja. Kita menyembah TUHAn atas keseluruhannya.

Kesalahan penganut agama Hindu di Malaysia ini mereka tidak bersungguh-sungguh menerangkan konsep tauhid mereka kepada orang Islam. Mungkin mereka sendiri juga jahil dengan agama mereka. Penggunaan istilah "TUHAN" mereka juga tidak tepat. Seperti Aci yang berdialog dengan YB Zul. Beliau patut terangkan patung yang di plaster bukanlah TUHAN GAJAH tetapi Dewa Ganesha. Dewa Ganesha ialah gambaran salah satu sifat TUHAN YANG ESA yang di personifikasikan dalam bentuk Gajah. Ganesha ini ialah imej kepada sifat TUHAN yang MAHA BIJAKSANA dan sifat TUHAN yang "MEMUSNAHKAN SEGALA HALANGAN". Serupa dengan contoh dan kiasan AL-MALIK yang saya berikan di atas tadi.

Orang Hindu percaya pada TUHAN yang satu juga. TUHAN yang ESA juga. Kalau tak percaya saya sila buat kajian sendiri berlambak di internet ni.

Dari pandangan saya sebagai yang beragama ISlam (dengan tiada niat untuk menghina yang beragama Hindu sekadar melontar pendapat) agama hindu pada asalnya agama tauhid juga tetapi akhirnya telah di korupkan. (seperti agama Kristian) Jangan lupa bangsa India ialah bangsa yang besar dan banyak lagi Rasul dan para Nabi yang tidak kita ketahui. Allah tidak akan menghukum melainkan telah di beri peringatan. Maka rasanya ada Rasul dan Nabi yang di hantar ke bumi India ini tetapi tidak di sebut di dalam Al-Quran.

Maka dalam hal ini Saudara Zul memang terkhilaf. Terkhilaf dalam mencerca agama lain dan juga terkhilaf dari segi fakta amalan hindu sebenarnya.

Kalau kita hendak kritik agama lain kita tidak boleh lihat dari kacamata Islam sahaja. Kita perlu juga belajar sedalam-dalamnya berkenaan agama tersebut. Ugama Hindu ialah agama yang sangat-sangat kompleks. Bukan taraf seorang peguam atau MP untuk mengkritik ugama HIndu ni. Bukan taraf Nik Aziz pun.

Kalau nak kritik kena seorang cendikiawan yang khusus. Yang tahu luar dalam agama Hindu. Segala mahzab dan school of thoughtnya yang begitu banyak. Saya yakin YB Zul tidak ada kelayakkan dalam Bahasa Sanskrit pun. Maka hendak kritik Hindu bagaimana?

Saya menghargai YB Zul dalam perjuangan untuk Melayu dan Islam. Tetapi kalau tidak adil tetap tidak adil. Saya bukan Ahli PAs yang menjadi zombie yang terus melulu-lulu menyokong pemimpin pujaan mereka. Cuma saya harap selepas Nik Aziz mati tidak adalah pulak yang bertawassul dengan NIK Aziz pula.

Anonymous said...

Talhah...
Nabi semasa berdoa ade bertawasul kepada sesiapa keeer... jgn menambah dalam ibadah takut sesat arah... fahaaam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...