Seorang Maut Akibat Terjatuh Semasa Pasang Bendera..


POKOK rambutan dalam gambar inilah yang menjadi tempat Abd. Jalil terjatuh lalu meninggal dunia ketika hendak membetulkan bendera sebuah parti politik semalam.

 PONTIAN - Hajat seorang sukarelawan sebuah parti politik untuk membetulkan bendera yang dipasang di sebatang pokok rambutan berakhir tragedi apabila dia maut selepas terjatuh dari pokok tersebut dalam kejadian di Jalan Sawah, Pekan Nanas di sini semalam.

 Mayat Abd. Jalil Buyamin, 58, ditemui di dalam longkang pada pukul 12 tengah hari oleh seorang pelajar sekolah yang melalui kawasan tersebut dalam keadaan kepalanya berdarah.

 Mengimbau semula kejadian itu, isteri mangsa, Khatijah Md. Dom, 51, memberitahu, dia dimaklumkan mengenai insiden tersebut oleh saudaranya ketika sedang menyapu sampah di rumahnya di Taman Sentosa, Pekan Nanas.

 "Saya yang terkejut dengan berita itu kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati suami telah meninggal dunia.

A.S KATA, DIMAKLUMKAN MANGSA YANG TERKORBAN ADALAH PETUGAS BN. AKU HARAPKAN SEMUA PETUGAS LAIN DI LUAR SANA TAK KIRA DARI PARTI MANA, AGAR BERHATI-HATI DALAM MENJALANKAN TUGAS.

TAKZIAH AKU UCAPKAN DAN SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...