Terkini dari Kapai Singh. DAP tetap tolak hudud!

 DAP tetap menolak dasar Pas termasuk hukum hudud meskipun parti itu terpaksa bertanding menggunakan lambang Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Pengerusinya, Karpal Singh menegaskan, kesediaan parti itu menggunakan logo Pas tidak bermakna DAP menerima setiap dasar Pas.

Sebaliknya, jelas beliau, tindakan tersebut hanya melambangkan kerjasama utuh kedua-dua parti dalam pakatan pembangkang.

"Ini cuma kerjasama di bawah satu pakatan dan Pas telah bersetuju untuk membenarkan calon DAP menggunakan lambang mereka. Mana-mana keluarga pun ada persamaan seperti ini.

"Namun, itu semua adalah tidak penting kerana matlamat kita sekarang memastikan pakatan pembangkang menang besar dalam pilihan raya ini," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Bukit Gelugor, hari ini.

Selain itu, Karpal menambah, pihaknya lega memandangkan DAP dibolehkan untuk menggunakan simbol roket dalam pilihan raya umum ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima surat watikah yang dikeluarkan parti. Jadi DAP akan menggunakan simbol roket yang telah menjadi identiti parti sejak lebih 40 tahun lalu," ujarnya.

5 comments:

Anonymous said...

APA BEZA DENGAN UMNO ??

Anonymous said...

kafir tolak hudud tu biasalah....mengaku islam tapi tolah hudud, itu yang luar biasa...

Anonymous said...

kenapa la begitu magkok hayun kedua2 ekoq yg buat komen ni. bila masa umno tolak hudud...kelantan yg boleh buat hudud pun tak mau buat pasai apa..apa hal..sbb apa..senang je jwb nya pemimpin pas ramai suka berzina...zina dgn bini org dlm keretapi...zina dgn janda jual tudung dlm bilik hotel...zina dgn bini org dibilik 121....dah tau hukuman kena rejam sampai mati sbb tu tak berani buat hudud...takebeer...PAS ROSAK

kena pa kata pas kelantan , abih tu bn terengganu tak nak buat kenapa , pemimpin tganu pon sama la macam mana yg hang bg tau tu , hang pon bodo sama ,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...