ADUN PAS 'botak kepala' kena bayar RM300,000 Kerana Memfitnah!!

Saari Sungib diperintah bayar RM300,000

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Hulu Klang, Saari Sungib (gambar) diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah kalah dalam satu kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi.

MAIS dan Pemegang Amanah LZS selaku pihak plaintif mengemukakan saman itu terhadap Saari berhubung kenyataannya dalam artikel bertajuk 'Siasat Pindah Wang LZS' yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi tersebut pada 14 Mei lalu. Beliau berkata, mahkamah memutuskan pihak plaintif yang diwakili peguam daripada firma guaman, Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua berjaya membuktikan kewujudan elemen fitnah melalui kenyataan Saari dalam akhbar berkenaan.

''Sehubungan itu, Hakim Datuk Suraya Othman telah mengarahkan Saari membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi keterlaluan RM100,000 kepada plaintif. ''Beliau juga perlu membayar kos sebanyak RM30,000 dan faedah pada kadar lapan peratus ke atas jumlah RM300,000 dari tarikh keputusan sehingga penyelesaian penuh,'' katanya dalam kenyataan tersebut.

Memetik kenyataan dalam akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009 itu kata Mohamad Adzib, Saari mendakwa berlaku pemindahan wang zakat yang tidak diagihkan oleh LZS bernilai jutaan ringgit ke satu akaun lain pada 11 Disember 2008.

6 comments:

fcukatan harem said...

Pakatan dan fitnah ompama aur dgn tebing..

Anonymous said...

Ini baru didunia, belum diakhirat lagi. Diakhirat, hukuman lebih berat sedang menunggu. Dasar orang tak ada iman, kalau beriman, tak akan berani buat fitnah keranadosanya berat. Padan muka!!

Anonymous said...

PAS tak kenakan apa-apa hukuman ke kepada beliau.....

PAS boleh aplikasikan HUDUD keatas beliau sebagai contoh kepada yang lain....

Baru dikatakan CAKAP serupa BIKIN....

Anonymous said...

pas akan angkat Saari Sungib sebagai timbalan presiden pas II ... bukan hang pa tak tau setiausaha agung ahlul zina ... naib presiden balun bini kawan ... depa tak gunakan hukum hudud pas la ... sebaliknya depa naikan pangkat dari ahli biasa menjadi naib presiden dan setaiusaha agung beb ... hebabnya agama pas ni ... makin besar dosa makin tinggi pangkatnua ... tapi kalau merokok ... silap-silap boleh diturunkan jawatan ... er macam agama singh pulak yang mengharamkan rokok ...

Kekuda said...

anon 2.02, nak hukum hudud atas kesalahan ape?


nak tanya, kesalahan macam ni ada kesan pada kelayakan jadi wakil rakyat ke tak?

Anonymous said...

Steady shaari setakat rm300k apa de hal.. Sekali ceramah je blh kutip tu, kalau nak lebih panggil mat sabu or n. ajis bg ceramah.. Duit kutipan derma org ramai siap blh byr interest lg..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...