Drebar Teksi Celaka Didenda RM 1,000 Oleh Mahkamah Kerana Rosakkan 90 Bendera BN!

Hiasan

 Seorang pemandu teksi didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini selepas mengaku bersalah merosakkan 90 bendera Barisan Nasional (BN) bulan lepas.

Majistret Ayuni Izzati Sulaiman turut memerintahkan Mohd Yusri Yahaya, 33, menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, Mohd Yusri menjelaskan denda itu.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Ayuni sempat menasihati tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya kerana walaupun perkara sebegini dilihat sebagai perkara yang mudah "tetapi akibatnya sampai masuk ke mahkamah".

"Harap jadikan perkara ini sebagai pengajaran, insaf dan tidak buat lagi," katanya.

Mohd Yusri didakwa melakukan khianat dengan mematah dan mencampakkan 90 helai bendera BN yang berada di bawah kawalan Ketua Umno Cawangan Sri Merpati, A.Rahim Md Deris, 60, dengan anggaran kerugian RM500 di tepi jalan Pandan Indah, berhadapan Masjid Indah, Ampang Jaya dekat sini pada jam 4 petang, 9 April lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, semasa pengadu (A.Rahim) sedang memasang bendera di tepi jalan Pandan Indah berhadapan Flat Sri Merpati, beliau nampak tertuduh sedang merosakkan 90 helai bendera BN yang dipasangkan di kawasan tersebut.

Beliau kemudiannya menghampiri tertuduh bagi menghalangnya daripada meneruskan perbuatan itu tetapi tertuduh terus memasuki teksinya dan beredar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene.-Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya ramai pemandu teksi pro Pakatan,oleh itu PM Najib tak perlu lagi beri subsidi tayar pada pemandu teksi.Kalau nak bantu kenal pasti dahulu mana yg benar-benar layak ,bukan kira pukal saja.

Anonymous said...

Bro Klu boleh bagi tau no teksi kita boikot jgn naik teksi dia lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...