Lagi 300 Tinggalkan Anwar Di Ampang

hiasan

Sebanyak 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang yang tidak mahu lagi terus diperdaya dengan janji-janji kosong pembangkang mengisytiharkan keluar daripada parti itu malam tadi.

Berikutan pengumuman tersebut, kesemua bekas ahli parti pembangkang itu secara sukarela menghantar borang kemasukan menjadi ahli Barisan Nasional (BN) Ampang.

Daripada jumlah itu, 100 daripadanya merupakan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dan berikrar terus memberi sokongan kepada BN.

Bekas Ahli Jawatankuasa PKR Ampang yang juga wakil kepada 300 ahli BN DUN Lembah Jaya baharu itu, S. Premawathi berkata, mereka kecewa dengan Kerajaan PKR Selangor yang tidak melaksanakan manifesto 2008.

"Kami ditipu oleh PKR selama ini, mereka kata nak bantu kaum India untuk dapatkan rumah PPR tetapi sampai hari ini, mereka tidak bertanyakan langsung lagi mengenai perkara itu.

"Selain itu, golongan muda kaum India lima tahun lalu dijanjikan untuk diberi bantuan perniagaan kecil, tetapi tidak ada satu dana pun yang diwujudkan oleh Kerajaan PKR Selangor," katanya selepas majlis pengumuman keluar parti di sini malam ini.

6 comments:

Anonymous said...

GMBR HIASAN JE YANG KO MAMPU BAGI?
HAHAHAHAAAAA

Anonymous said...

nt bagi gambar betul..tercirit pulak ko nanti..skit2 dah la..tak macam Parti Pungkoq Kena Robek (PKR)..asyik keja mengedit jer..

Anonymous said...

Tak ada isu ke lembu? kesian BN, bakal melingkup xlama lg..xhbih2 ahli keluar parti..last2 tunjuk gambaq 2,3 kerat ja..hg xp tengok ka Johor jd ap sekarang ni..2,3 kerat keluar xpe, beratuih ribu sokong..

Anonymous said...

yg pasti tsunami politik akan berlaku lagi pd pru ni,

Anonymous said...

KAH KAH KAH KAH KAH,,itu aja modai pecacai umno,hari hari orang PR keluar parti,,last last yang bungkuih umno juga,,,,,,ha ha ha ha

Anonymous said...

awak pecacai pr pasti ke pr menang, jangan ketawa terbahak2 tunggu 5 mei nanti menangis tak berlagu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...