Sah! Harga Rokok Naik Mulai Hari Ini 3Jun 2013 (Beserta Senarai Harga Baru)


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia.-AstroAwani

2 comments:

usin said...

pasti ramai yg marah kata kerajaan zalim bagi perokok tegar makin kering poket. alahh...3 posen je. kalau rasa mahal dan tak mampu, eloklah cuba2 berenti beransur-ansur. jangan mendadak pulak, karang mati terkejut sebab nikotin dlm badan terus takde supply. kalau tak bercadang nk berenti, elok berubah citarasa kpd rokok daun atau gulung sendiri. sekotak tembakau tu boleh tahan lebih seminggu bro... boleh jugak mengeratkan silaturrahim dgn tolong gulungkan kpd rakan2 yg gian merokok tp poket kempis serta tidak menjejaskan sgt poket kita. cadangan je tu.

Anonymous said...

kalau rokok ke, arak ke bla bla bla semua naik aku tak kisah..jangan barang2 mentah sudah la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...