Ashari Shamsudin Ditawar RM90,000 Sebulan Bagi Musim Liga Malaysia 2014!


Khabar angin yang hangat melanda media sosial dua,tiga hari ini adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) iaitu Tengku Ismail Sultan Ibrahim mahu mengambil pemain sayap kiri Terengganu Ashari Samsuddin atau lebih dikenali sebagai the silent killer dengan menawarkan gaji bulanan sebanyak RM90,000 sebulan bagi musim Liga Malaysia 2014..

Sumber daripada fan page facebook Johor Darul Takzim FC – Harimau Selatan mengatakan mahu memancing Ashari untuk bermain bersama pasukan Johor Darul Takzim pada musim depan sekaligus bakal meninggalkan pasukan Terengganu yang telah diwakili sejak tahun 2005.
111
Walau bagaimanapun spekulasi ini masih tidak dapat dipastikan kesahihan kerana belum ada perbincangan di antara Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) atau kenyataan dari Presiden PBNJ sendiri.
393899_281190865273949_358642685_n
Selain itu banyak khabar angin lain tentang pemain liga Malaysia pada 2014.

-Piya nafi dipancing JDT RM100,000 sebulan
-Safiq Rahim bakal meninggalkan JDT dan akan menyertai Pahang musim depan .
-Safee Sali mungkin ke Selangor atau akan bermain di Liga Indonesia .
-Nurul Azwan Roya bakal kembali ke pasukan KELANTAN .
-Hairuddin Omar,Noorfarhan,Zairo dan Norshahrul mungkin ke Terengganu musim depan .
-Irfan Bachdim dari Indonesia yang kini bermain di LIGA THAILAND bersama kelab Chonburi FC kini dalam radar pasukan KELANTAN .
-Andik Vermansyah dalam radar pasukan TERENGGANU.
-Terrasil Dangda dalam radar pasukan JDT .
-Shahril Ishak dalam radar pasukan Selangor .
-Nazrin Nawi dan Afiq Azmi mungkin akan menyertai pasukan PERAK musim hadapan.
-Nazmi Faiz bakal ke SELANGOR .

sumber http://terengganutoday.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...