Gambar-Gambar 18SG. Kemalangan Ngeri Di Greenlane, Penang


GEORGE TOWN 28 Julai - Seorang lelaki warga emas yang sedang berbasikal di Jalan Masjid Negeri di sini maut akibat dirempuh sebuah kereta hari ini.

 Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pada kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Low Kee Lai, 72, cuba menukar haluan basikalnya dari kiri ke kanan sebelum basikalnya bergesel dengan sebuah kereta Perodua MyVi dan terjatuh ke atas jalan.

 "Mangsa yang tidak sempat bangun selepas terjatuh kemudiannya dilanggar pula sebuah kereta lain jenis Satria Neo yang tidak sempat mengelak," katanya kepada pemberita.

 Beliau berkata, mangsa cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

'mangsa yg cedera parah di kepala'?Itu bukan cedera. Tu dah pecah kepala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...