pic hiasan cth penghina Islam |
ISLAMABAD 16 Julai - Mahkamah Pakistan semalam dilapor menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang kanak-kanak lelaki Kristian atas tuduhan menghantar mesej yang menghina Islam.
Peguam pendakwa raya mahkamah Toba Tek Singh di wilayah Punjab, Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lalu berkata, tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000).
Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW kepada beberapa orang ulama.
Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan. - DPA
A.S kata, kita masih ternanti nanti hukuman keras yang bakal dikenakan terhadap pihak yang semakin menjadi jadi menghina Islam di Malaysia ini. Bukannya kanak kanak punua kerja.
Tak cukup dengan mohon maaf saja semudah itu mereka dilepaskan..
Dalam kes di atas,mesti ada dalang. Aku nak tahu jugak budak tu umur berapa?
kalau 12 tahun keatas memang patut pun bagi pengajaran.
Perbuatan menghina nabi Muhammad S.A.W... ibarat menghina seluruh umat islam.... kalau tak berkeras orang lain akan ingat mudah untuk hina agama islam..
No comments:
Post a Comment