Mesir; Pelajar Malaysia Dicederakan dan disamun..
Seorang pelajar Malaysia cedera ditumbuk dihidung selain belakang tubuhnya dikelar dengan pisau oleh sekumpulan lima perompak di tengah bandar raya Kaherah, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajar jurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba disamun penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki.
Kejadian itu menyebabkan hidung mangsa bengkak dan mengalami pendarahan serius akibat ditumbuk penjenayah yang sebelum itu menyerang mangsa di tepi jalan 200 meter dari kediaman pelajar di Haiyul Asyar, di sini.
Seorang rakan mangsa, Abdullah Afif Said, 21, berkata kejadian berlaku ketika mereka sedang berjalan kaki pulang sebelum menyedari beberapa lelaki tempatan cuba menghampiri mereka.HM
PESANAN A.S KEPADA PELAJAR MALAYSIA, SILA JAGA KESELAMATAN DIRI MASING MASING BERDASARKAN SENARIO POLITIK DAN KEADAAN YANG SEDANG BERGOLAK DI SANA. JANGAN MELALUI TEMPAT YANG BERISIKO TINGGI.
YANG PENTINGNYA, KERAJAAN MALAYSIA YANG PRIHATIN SENTIASA MEMANTAU DAN MENGAMBIL BERAT KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN PELAJAR KITA DI SANA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment