Dalam suasana musim pemilihan UMNO yang sedang berjalan sekarang ini, pelbagai visi dan aspirasi diucapkan dan dijanji oleh calon calon yang menawarkan diri bertanding samada di peringkat bahagian dan pusat kepada para perwakilan.
Namun jangan sesekali kita lupa bahawa pemimpin Umno juga jangan sesekali menuruti pemimpin yang bercirikan prinsip sifat Rasulullah.
1-Mampu berkomunikasi dengan berkesan sesama sendiri (masyarakatnya) dan dengan masyarakat lain sekelilingnya.
2-Mempunyai ketajaman fikiran, pragmatis dan berpandangan jauh.
3-Mempunyai pertimbangan praktikal dalam mengambil langkah yang boleh mengancam kekuatan masyarakat dan negara yang mereka pimpin.
4-Mampu membina kekuatan masyarakat yang mereka pimpin dari semua aspek ekonomi, psikologi, dan sebagainya.
5-Mampu memperoleh sokongan padu dan tidak berbelah bahagi dari setiap lapisan masyarakat yang dipimpin, termasuk bukan Islam.
6-Mampu mewujudkan pentadbiran yang cekap dan berkesan.
7-Bijaksana dalam mengambil sesuatu tindakan dan keputusan yang membina keutuhan dan perpaduan masyarakat yang dipimpin.
Pemimpin Islam mesti mempunyai keimanan serta ketaatan kepada Allah, kekuatan peribadi, kepintaran, ketabahan dan ketegasan. Orang yang dikuasai nafsu dan lemah iman tidak layak memimpin kerana akan merosakkan negara, masyarakat yang dipimpinnya dan ummah keseluruhannya. Fikir-fikir lah.....
1 comment:
No.8
Ketua Pemuda mesti lah lelaki
Ketua Wanita mesti lah perempuan
Post a Comment