Impian adik Siraj naik Ferrari termakbul sebelum meninggal dunia (Gambar-Gambar)



KUALA LUMPUR - Kanak-kanak berusia 11 tahun, Muhammad Sirajuddin Mohd Zaini yang impiannya menaiki kereta Ferrari termakbul baru-baru ini, meninggal dunia hari ini akibat sesak nafas selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.

 Muhammad Sirajuddin yang lebih dikenali sebagai Siraj oleh keluarga dan rakan-rakannya, telah menderita penyakit barah tulang sejak setahun lepas. Beliau adalah anak kepada pasangan Pengurus Kanan di syarikat Western Digital Mohd Zaini Zakaria dan Pengurus Latihan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Norhayati Jantan.

 Menurut Norhayati, Siraj dimasukkan ke PPUM selepas mengadu sesak nafas kira-kira 7 pagi semalam dan meminta agar dia dibawa ke hospital itu untuk menerima rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.45 pagi ini. - Bernama


Al Fatihah.terima kasih kepada mereka yg berusaha menunaikan impian arwah.. takziah untuk waris

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...