Islam terhina lagi bila jemaah bersolat depan tandas?? @ZambryAbdKadir


KUALA KANGSAR - Belum pun reda isu surau digunakan untuk upacara agama lain, timbul pula satu isu baru bermain di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial Facebook memuat turun gambar rakannya bersolat di sebuah lokasi tapak perniagaan, di sini berhadapan dengan sebuah tandas awam.

Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak dan ada yang mengutuk tindakan pihak berkenaan kerana tidak menyediakan kemudahan surau di kawasan itu.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari laman sosial, Sinar Harian berkesempatan meninjau kawasan yang dimaksudkan, semalam.

Terbukti seperti yang dipaparkan, sebaik ditanya lokasi untuk bersolat, seorang wanita di kawasan itu terus menunjukkan satu kawasan yang digunakan untuk bersolat iaitu di hadapan sebuah tandas.

Di kawasan berkenaan turut disediakan sejadah dan tikar yang boleh memuatkan lima hingga enam orang dewasa bagi kemudahan peniaga mendirikan solat.

Wanita yang dikenali sebagai Latipah, 50, itu berkata, pengunjung di sini tidak menunjukkan reaksi terkejut setiap kali ditunjukkan lokasi solat di kawasan itu.

Menurutnya, ia berikutan tiada rungutan atau reaksi pelik yang ditunjukkan setiap kali dia menunjukkan lokasi berkenaan.

“Memang makcik rasa malu apabila orang luar datang bertanya tempat untuk bersolat.

"Apabila ditunjukkan tempat berkenaan mereka terus mendirikan solat di kawasan itu (depan tandas)," katanya.

Latipah berkata, memang terdapat kemudahan surau dan masjid di kawasan sekitar, namun kebanyakan orang luar tidak mengetahuinya.

Seorang peniaga, Ramli, 40, mengakui, sejak berniaga di kawasan itu, dia tidak menemui kemudahan surau menyebabkan dia mengambil keputusan untuk bersama peniaga lain solat di ruang berkenaan.

Jelasnya, meskipun agak ralat, mereka terpaksa berdepan dengan situasi itu bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam.

“Kedudukan kemudahan surau sedia ada yang agak jauh menjadi faktor mereka lebih senang solat di kawasan kaki lima itu.

"Sebagai peniaga, mereka khuatir meninggalkan kawasan niaga masing-masing terlalu lama, apatah lagi, surau yang disediakan tidak mempunyai bekalan air,” katanya.

Ramli berkata, jika berlaku bekalan air terputus, mereka terpaksa mengambil wuduk di sungai.

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat surau disediakan di kawasan berkenaan, namun tidak boleh digunakan dan berkunci.

Laluan masuk ke surau berkenaan juga dihalang dengan kenderaan dan gerai perniagaan.

Surau yang boleh digunakan pula terletak lebih 50 meter dari lokasi perniagaan dan dianggap jauh bagi peniaga.


A.S KATA, BUKANNYA TAKDE SURAU DI SITU. JARAKNYA HANYA 50 METER SAJA. BUKANNYA JAUH PUN. PIHAK BERKENAAN KENA PASTIKAN SURAU TU JANGAN BERKUNCI DAN KEMUDAHAN WUDHUK MESTILAH LENGKAP.
JANGAN NI PULA NAK BUAT ISU. NAK SERIBU DAYA TAKNAK SERIBU DALIH. KALAU DAH TAK KISAH, TAK PAYAH LA KECOH KECOH. BIKIN MALU SAMA AGAMA LAIN SAJA.

2 comments:

Anonymous said...

tak pa hina islam
tapi jangan hina india dan cina

Anonymous said...

aku warga tempatan..
patut la..
aku xpenah nampak gulongan VVIP mendirikan solat di situ..
xsesuai rupanya !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...