Kesian Jo Bedul. Himpunan di Sungai Petani hambar!!


Rakyat makin muak dengan pembangkang yang tugas mereka hanya buat kacau dan berdemo sahaja. Sekarang masa kita bekerja dan menumpukan untuk memajukan negara.

Terkini semalam, hasrat Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengadakan perhimpunan bersama penyokongnya malam kelmarin di Taman Jubli Perak, dekat sini didakwa tidak mendapat sambutan.

Difahamkan, perhimpunan bertujuan menyatakan kebangkitan rakyat terhadap isu jenayah serta beberapa perkara berbangkit itu turut dijadualkan dihadiri beberapa pemimpin atasan pembangkang.

Khabar angin turut tersebar menyatakan perhimpunan yang dianjurkan itu bertujuan memberi sokongan dan mengutip dana bagi menampung keluarga mangsa jenayah, Chee Gaik Yap yang dirogol dan dibunuh pada 2006.

Tinjauan ke lokasi kejadian mendapati, hanya kira- kira 50 penyokong membanjiri taman rekreasi berkenaan.

Turut berada di kawasan perhimpunan ialah Adun Lunas, Azman Nasrudin selain Johari serta beberapa penyokong PR.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...