Penjelasan terkini KJ mengenai isu belanja k-pop dan audit KBS yang perlu anda fahami..


Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini. 

Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah.

Oleh itu saya telah jelaskan bahawa dalam kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan saya diberitahu siasatan tersebut sudah sampai peringkat terakhir. 


Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya.


Mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit, saya telah minta maklumbalas yang terperinci dari pegawai-pegawai tinggi KBS sebelum tindakan selanjutnya diambil pada pihak berkenaan yang bertanggungjawab keatas kes-kes tersebut.


Yang pasti, kami di KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi. Dana karajaan adalah wang rakyat. Kita mesti accountable pada setiap sen yang dibelanjakan.


Harap maklum dan kalau ada apa-apa lagi perkembangan saya akan muat naik disini

4 comments:

Anonymous said...

Dah paham.

menteri sebelum ni bodoh kene tipu ngan organizer or sengaje membodohkan rakyat.

hangus duit rakyat 1.6juta utk maksiat.

kerajaan mmg perihatin hal maksiat utk rakyat sampai ade company nak sponsor maksiat pun lulus.

yg terlibat pun majoriti kate islam, eloklah.

mase tu dekat nak pilihanraye lagipun.

HARAMJADAH tul.

Unknown said...

Datuk Najib kena kencing dengan depa....rakyat kena kencing dengan kerajaan...RM 1.6juta...pengajarannya..aku tak kan sokong BN lagi.

Unknown said...

Datuk Najib kena kencing dengan depa....rakyat kena kencing dengan kerajaan...RM 1.6juta...pengajarannya..aku tak kan sokong BN lagi.

Anonymous said...

aku tak kan pernah sokong PR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...