Tokong guna nama orang Islam?


KRUBONG - Kewujudan sebuah tokong di kawasan perindustrian Krubong di sini yang menggunakan nama orang Islam menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan masyarakat Islam di situ.

Menurut mereka, tokong itu wujud sejak kira-kira 30 tahun lalu, namun hanya menyedari ia menggunakan nama “Datuk Haji Jawi Shamsuddin” sejak dua minggu lalu.

Seorang penduduk, Sham Kamat, 47, berkata, dia tidak berniat untuk mencampuri aktiviti keagamaan kaum lain namun, tindakan pihak terbabit menggunakan nama orang Islam memang tidak boleh diterima.

Menurutnya, perkara itu perlu disiasat pihak berkuasa termasuk untuk mengetahui sebab mengapa mereka menggunakan nama orang Islam di tokong berkenaan.

“Kita tidak mahu mengganggu urusan atau aktiviti keagamaan kaum lain tetapi tindakan mereka menggunakan nama ini boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Memanglah hari ini kerajaan melaungkan slogan 1Malaysia tetapi janganlah sampai isu keagamaan pun hendak 'di 1Malaysiakan',” katanya, semalam.

Sham berkata, tokong berkenaan juga terletak hanya kira-kira 10 meter dari surau tempat pekerja kilang terbabit menunaikan solat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaim), Rahimin Bani ketika dihubungi berkata, penggunaan nama yang berkaitan Islam atau orang Islam seperti Datuk Haji Jawi Shamsuddin tidak sepatutnya dilakukan oleh bukan Islam apatah lagi ia diletakkan di tokong.

“Perkara ini boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan masyarakat Islam. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat menguatkuasakan garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam,” katanya.

Beliau turut mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan Islam terus dimartabatkan di arus perdana seiring dengan peruntukan perlembagaan negara.

“Tindakan undang-undang juga akan dikuatkuasakan kepada pihak yang sengaja menimbulkan kegusaran dan isu sensitif umat Islam,” katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Kemungkinan Tuan Haji tersebut ialah seorang yang baik-baik dan di kagumi oleh semua golongan masyarakat ketika hayatnya. Mungkin juga beliau seorang yang warak dan mempunyai "keistimewaan"(* baca nota di bawah*) tertentu. Maka bagi masyrakat Cina yang mempunyai amalan bercampur Budha dan Taoism dan sembahan nenek moyang juga pada sesetengah amalan pengikut Hindu mereka akan "bertawassul" dengan roh Tuan Haji tersebut untuk permintaan-permintaan dan hajat mereka agar di bawa ke atas contohnya kepada Maharaja Jed atau Tuhan Hindu.

Perlu saya sebut di sini orang Hindu juga percaya kepada Tuhan Tunggal. Yang mereka sembah dan puja itu ialah Dewa tempat mereka bertawassul agar hajat dan permintaan mereka di bawa kepada Tuhan mereka. Orang Hindu percaya bahawa Tuhan Tunggal (yang tidak bernama all poweful omnipotence - hampir sama dengan konsep TUhan ISlam) adalah unreachable (tidak boleh di capai) melainkan melalui perantara mereka-mereka yang telah mencapaiu tahap tertinggi kesedaran mereka seperti Dewa-dewa dan avatar-avatar. Sebab ada Ayah Pin dan juga Tuan Punya Kellie's Castle di Ipoh yang di angkat menjadi Dewa. (Dewa bukannya Tuhan baginya masyarakat Hindu)

Orang melayu Islam juga mempunyai amalan sebegini yang hampir serupa seperti pergi ke kubur-kubur keramat untuk mendapatkan hajat.

Maka dalam kes ini Tuan Haji tersebut telah di angkat sebagai pihak yang telah terbuka hijabnya dan mencapai tahap kesedaran yang tinggi - tahap dewa ( hasil dari sikap waraknya waktu hidup, baik perilaku, alim, santun dan amat di hormati etc) dan selepas beliau meninggal dunia roh beliau di jadikan objek perantara/ bertawasul diantara masyarakat Cina dan saya percaya juga Hindu. Perlu di sebutkan juga Tuan Haji tersebut tidak di SEMBAH laksana TUHAN(seperti solat bagai orang ISlam kepada ALLAH) tetapi lebih kepada tempat memohon hajat agar di bawa dan di sampaikan kepada Tuhan.


* keistimewaan tertentu bermaksud seperti karamah atau ilmu batin Ghaib (wallahualam) yang lnataran itu membuatkan masyaratkat bukan Islam percaya beliau masa hayatnya telah mencapai tahap dewa maka layak di jadikan objek tawassul.

Anonymous said...

sokonglah sangat, inilah jenis melayu liberal yang lupa daratan bahawa kerana kerajaan sekarang ini dikuasai oleh orang melayu, maka melayu liberal dapat itu dan ini, kalau dah dikuasai oleh Cinabeng atau keling, maka Melayu liberal akan terkapa-kapa mencari naungan, masa tu baru padan muka.

Anonymous said...

Kalau keling dan hindu nak guna nama orang Islam pada tokkong mereka bukan main riang Melayu liberal menyokongnya, tapi bila Keling dan Cinabeng hina agama Islam, termasuk baru-baru ini isu ibadah korban di sekolah, Melayu liberal menjadi pembela keling pula.

Melayu liberal ini hanya akan sedar diri bila diperintah oleh Cinabeng dan keling yang bersikap kiasu dan Melayu liberal ini dibiarkan merempat baru padan muka mereka.

msofyus said...
This comment has been removed by the author.
msofyus said...

Apa ada pada nama? tak ada nya nama itu melambangkan islam..Dalam islam janji nama seseorang itu mempunyai maksud yang baik sudah..cuma orang kat M'sia jer selalu terkeliru..Ada juga orang guna bahasa arab utk nama dia seperti Ismail Bin Firdaus tetapi agama kristian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...