Berkata Benar Walau Pahit: 1 Aplikasi Smartphone Menelan Belanja RM1 Billion???@NajibRazak @shaberyc

LINK PENUH DI NST

Usaha untuk mewujudkan satu aplikasi di telefon pintar bagi memudahkan orang kurang upaya yang berhadapan dengan kecemasan amatlah aku sanjung tinggi.
Persoalan mudah aku, amatlah tidak logik untuk membangunkan aplikasi ini sahaja kosnya menelan wang rakyat sebanyak RM1 Billion ringgit. Amat tidak munasabah sekali. Kalau tanya orang yang mahir bab ini buat diketawakan oleh orang sahaja. Secanggih dan sehebat mana aplikasi ini sekalipun amat mustahil untuk mencecah kos sebanyak RM1 Billion.

Aku seorang pejuang parti yang kental samada di akar umbi mahupun dunia maya ini dan amat jarang sekali mengkritik kerajaan BN secara terbuka sebegini.
Namun kali ini bagi aku amat wajar untuk aku tampil mempersoalkan kewajaran untk berbelanja sebanyak ini. Puak pembangkang sebelah sana sudah mainkan lagu ini. Bersedialah untuk diserang lebih hebat selepas ini.

Harap Menteri berkenaan dapat memberi penjelasan yang sewajarnya. Letihla bila isu-isu seperti ini dibangkitkan dan dimainkan oleh pihak lawan.

*aku harap DS Shabery silap bagi maklumat. Bukan 1 Bilion, mungkin 1 juta sahaja kot..

4 comments:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Ke nilai Ringgit dah jatuh setaraf Rupiah... Nilai projek kerajaan sekarang main angka Billion tu... Ini consetan mana pulak punya nasihat...? Punah ranah negara kita sekarang ni...

Anonymous said...

Jika benar..bersedialah untuk tukar kerajaan PRU14 nanti..

antikorupsi said...

Mungkin ia kos melibatkan seluruh agensi bantuan kecemasan di setiap negeri. Kena install di setiap balainpolis, hospital dan lain2. Install juga du setiap patrol car dan ambulan barangkali. Tp tetap x logik jg kos 1bilion.
Tetap bsangke baik.

tobeng said...

Gila punya mark up...RM1 billion nak buat 1 applikasi?Buang tebiat nak mampus ke bn?Dulu email 1 Malaysia pun sampai rm50 juta,walaupun tak perlu langsung email2 ni pasal semua org boleh dapat email free dari mana2.

Shabery chik kena jawab ni.Jangan bagi jawapan bodoh.Berani diorang buat kerja haram(kalau tak salah lapor)terang2 di zaman orang celik IT celik segala2nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...