Mat Said Cepat Melatah? Ini Penjelasan Lengkap @Khairykj


Isu LTdL 2014

Saya terkejut dengan pengumuman Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said, untuk menarik tajaan RM2 juta bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 serta menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi sebarang peringkat pada perlumbaan itu.

Saya difahamkan pengumuman tersebut dibuat berdasarkan andaian beliau bahawa acara perlumbaan basikal jalan raya pada Sukan SEA 2017 akan diadakan di Johor dan kejohanan pelayaran Piala Monsoon juga akan dipindah dari Pulau Duyong bermula tahun depan.

Saya ingin menerangkan bahawa Jemaah Menteri serta Kementerian Belia dan Sukan setakat ini belum menetapkan sebarang keputusan mengenai lokasi atau 'venue' acara-acara untuk Sukan SEA 2017. Walaupun Jemaah Menteri sudah memutuskan bagi Malaysia untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk temasya tersebut pada tahun 2017, Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) akan hanya membuat keputusan rasmi pada 10 Disember. Sebarang kenyataan mengenai lokasi atau 'venue' bagi acara-acara adalah hanya cadangan buat masa ini.

Kerajaan juga belum membuat sebarang keputusan tentang Piala Monsun akan datang. Walaupun perjanjian antara KBS dan bekas penganjur T-Best Events Sdn Bhd untuk mengadakan kejohanan ini di Terengganu sudah tamat pada tahun 2012, masih belum ada apa-apa keputusan muktamad tentang lokasi kejohanan itu untuk tahun depan dan seterusnya.

Saya telahpun menjelaskan mengenai perkara ini kepada Ahli Exco Sukan Terengganu, YB Rozi Mamat, yang juga pernah menjadi rakan seperjuangan saya dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dan ingin menasihatkan semua pihak agar tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan berdasarkan andaian yang tidak tepat.

Saya amat berharap bahawa YAB Menteri Besar Terengganu akan mengkaji semula keputusan beliau semalam tentang LTdL. Walaupun terdapat salah faham mengenai dua perkara yang saya telah jelaskan di sini, sukan basikal tidak seharusnya dijadikan mangsa terutamanya dalam acara antarabangsa sebegini. Memang tepat pun, kenyataan MB bahawa kebanyakan pelumba basikal terunggul berasal dari negeri Terengganu dan saya rasa mereka amat mengharapkan penglibatan Terengganu dalam LTdL.

Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan
28 November 2013

4 comments:

Anonymous said...

hahaha... gelabah beruk kera jantan ni... jangan main2 sama mat said...

Labu8455 said...

Apa pun aku nasihatkan YAB Menteri Besar jangan sesekali percaya dengan ular ni. Biar apa pun berlaku ...ular tetap ular

Anonymous said...

Idop kj. Aku sokong kj, mat said suka menyebai..

Anonymous said...

NIE LAH MENTERI KABINET YANG TERLAMPAU NAK GLAMOUR MACAM ARTIS......LEPAS BELASAH SEPAK TAKRAW, HENTAM PULAK FAM (MACAM DIA TAK PERNAH DUDUK KAT FAM) DAN KINI NAK ACAH PULA TRENGGANU......HA AMBIK KAU DENGAN MB TRENGGANU......

JANGAN LE NAK CAKAP ITU INI LAGI..
LAIN KALI JANGAN SUKA BERI STATEMENT KAT MEDIA SEBELUM DUDUK SEMEJA......MACAM GILA NAK GLAMOUR
JE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BERADAP LE SIKIT........


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...