Helikopter Agusta Milik TUDM Yang Baru Beroperasi Minggu Lepas Terhempas Di Johor?


JOHOR BAHRU - Sebuah helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) jenis Agusta A-109 LUH terhempas di sebuah kawasan hutan berhampiran Empangan Bekok, Segamat di antara pukul 9 hingga 10 malam tadi, menurut sumber ketenteraan hari ini.

Bagaimanapun, empat anggota tentera termasuk juruterbang dalam helikopter yang sedang melakukan latihan penerbangan itu selamat dan dihantar ke Hospital Daerah Kluang untuk rawatan, katanya.

"Helikopter itu sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum ia terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat,” kata sumber itu kepada Bernama.

Katanya, pasukan penyelamat daripada PUTD yang digerakkan ke lokasi kejadian berjaya membawa keluar kesemua mangsa yang disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum dihantar ke hospital berkenaan kira-kira 1 pagi.

Seorang daripada empat anggota tentera terbabit ialah seorang pegawai tentera asing berpangkat Leftenan Kolonel yang bertindak sebagai jurulatih penerbangan, katanya. - Bernama


Jikalau aku tak salah, helikopter ini baru sahaja beroperasi minggu lepas.

Ini pula laporan yang diterima dari The Star yang menyatakan bahawa helikopter terbabit hanyalah melakukan pendaratan kecemasan akibat masalah teknikal dan tiada langsung struktur heli yang rosak.

Difahamkan juga Helikopter tersebut masih dalam latihan dimana ada jurulatih tentera asing di dalam kenderaan tersebut bersama askar Malaysia. 

Diharapkan pihak TUDM dapat mengenalpasti permasalahan yg timbul seterusnya dijadikan rujukan untuk kegunaan masa depan.

BATU PAHAT: A helicopter belonging to the Armed Forces (ATM) was forced to make an emergency landing at a forested area near the Bekok damn here due to technical difficulties.

Batu Pahat OCPD Asst Comm Din Ahmad said that there were four crewmen and a pilot on board the vehicle when the incident took place at around 9.15pm on Thursday.

“None of the officials on board were injured during the incidentand the helicopter itself was not damaged,” he said adding that a report was lodged by the pilot which is part of the standard operating procedure when an emergency landing in done.-TheStar

1 comment:

bpk wijaya said...

Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus HK 4D KAMIS 30 JANUARI 2014 DENGAN ANGKA 9084 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 500 juta. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub “KI JAYA” Di (((085-321-606-847_))) Terimakasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...