Kes Rogol Peserta Mentor 5: Setahun Mohd Mentor Menanggung Aib.


Kuala Lumpur: “Malu memang malu, tapi yang penting sekarang saya bebas daripada pertuduhan itu,” jelas penyanyi, Mohd Mentor mengenai pertuduhan kes merog0l seorang penyanyi wanita pada awal tahun lalu.
Mohd atau nama sebenarnya Mohamad Izwan Mohamad Nor, 26, berkata, selepas hampir setahun berdepan aib dan kemelut menjejaskan periuk nasinya, dia menerima berita gembira itu apabila dibebaskan sekitar September tahun lalu apabila kes itu ditutup kerana tidak ada bukti.

Susulan itu, juara Mentor musim keempat ini berkata, dia turut berhasrat mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan secara terperinci kes terbabit.

“Kalau ikut marah, memang ada marah lagi. Bayangkan aib hampir setahun, tapi paling penting saya sudah bebas daripada pertuduhan memalukan itu,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam.

Mohd berdepan pertuduhan itu selepas dia didakwa merogol peserta Mentor 5 iaitu Noor Nazatul Farahin atau Zatul, 25, 31 Januari tahun lalu di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.

Berikutan itu, Mohd direman lima hari bermula 5 Februari 2013 mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mer0gol.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan siasatan berjalan, Mohd akhirnya dibebaskan daripada kes itu apabila polis mendapati pertuduhan dikemukakan tidak mempunyai bukti.

Mohd berkata, keputusan mengumumkan status kes itu kepada khalayak menerusi sidang media wajar dilakukan agar kekeliruan dan persepsi buruk yang timbul dapat dipulihkan semula - Hmetro Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...