Skuad Berani Bogel ??


'Reformis bogel' calon bebas di Kajang

Seorang lagi tampil mencalonkan diri sebagai calon bebas bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ramlan Abu Bakar (kanan), presiden NGO dikenali Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah melihat “konspirasi politik” Anwar menyusahkan rakyat, lapor
Sinar Harian.

Beliau berpendapat, Anwar mempunyai agenda politik kotor dan secara halus ingin merampas jawatan menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya reformis akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini lah platform terbaik kepada reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," beliau dipetik sebagai berkata.

Ramlan sebelum ini terkenal dengan "skuad berani bogelnya" dan lantang mencabar kerajaan Selangor.

Sebelum ini, turut menyatakan hasrat bertanding calon bebas Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada peguam Anwar, Sankara Nair dan sebuah parti baru NewGen.-MK

2 comments:

AwangLiku said...

Nampak gayanya pemimpin2 PAS memang tak bertelor..ikut je apa kata si peliwat nuar brahim..

Sheikh Najib Wasatiyyah Al Tantuya said...

NAJIB LAGI TAK DE TELOR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...