KUALA LUMPUR: Syarikat pemaju hartanah, CASTMET Sdn Bhd menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka bertindak mengarahkan seorang penyanyi, Marinatasha Isnariah Mustapar turun dari pentas dari membuat persembahan kerana dia berhijab dalam pemakaiannya ketika majlis makan makan malam tahunan syarikat tersebut di Bukit Kiara pada Sabtu lalu.
Marinatasha (kanan) sedih mengenangkan peristiwa menimpanya sambil diperhatikan oleh Freddie.
Marina menunjukkan salinan laporan polis dibuatnya selepas tidak dibenarkan membuat persembahan gara-gara bertudung.
Pengarah Urusannya, Tan Keh Wah memberitahu syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana individu berdasarkan latar agama, keturunan dan juga kepercayaannya.
“Ingin saya tegaskan disini, syarikat kami bukanlah syarikat berteraskan perkauman atau ‘rasis’ dan kami tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana individu kerana pegangan agama, kepercayaan atau keturunan,” kata Tan.
Menurut Tan, Marinatasha ditegah untuk tidak membuat persembahan oleh pihaknya bukan kerana dia bertudung tetapi dia bukanlah penyanyi yang dipersetujui oleh pihaknya dan pihak pengurusan acara.
Pada 6 Januari lalu, Jawatankuasa Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 telah bermesyuarat dan dalam mensyuarat itu, pihak CASTMET Sdn Bhd telah menjemput Mohd Solih Toha, iaitu wakil dari syarikat pengurusan acara.
“Dalam mesyuarat tersebut, kesepakatan telah dicapai dimana kumpulan muzik yang akan membuat persembahan akan berinteraksi seperti menari dan menyanyi bersama tetamu yang hadir pada malam itu,” kata Tan kepada pemberita di Bukit Damansara pada Selasa.
Pada 15 Januari pula, ketika raptai dijalankan, penganjur (CASTMET Sdn Bhd) telah diperkenalkan dengan kumpulan ‘Rufus’ yang akan membuat persembahan pada majlis tersebut.
“Kumpulan ini dianggotai oleh seorang penyanyi, pemain dram, pemain gitar utama, pemain gitar ‘bass’ dan pemain ‘keyboard dan ketika itu kami dimaklumkan dari ketua kumpulan ini, Nazri bahawa penyanyi yang muncul ketika majlis ‘preview’ itu, Marinatasha hanyalah sebagai penyanyi pengganti untuk sesi raptai dan kami berpendapat bahawa beliau tidak sesuai untuk majlis pada malam itu,” kata Tan lagi.
Tan menambah keputusan untuk tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung adalah disebabkan pada majlis tersebut ada dihidangkan minuman beralkohol.
“Menurut isi perjanjian itu, penyanyi harus berinteraksi dengan tetamu yang kebanyakkannya lelaki bukan Islam dengan menari dan menyanyi bersama mereka dan demi menjaga maruah dan sensitiviti orang Islam, syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung dalam majlis tersebut,” jelas Tan lagi.
Melalui wakil syarikat pengurusan acara juga, Tan difahamkan penyanyi utama bagi persembahan malam tersebut bukanlah Marinatasha tetapi adalah bekas peserta Akademi Fantasia Musim ke-8 iaitu Zafarina Jamhari atau Farina.
Pada majlis makam tersebut, selepas Marinatasha tidak dibenarkan membuat persembahan, beliau masih lagi naik ke pentas setelah diundang oleh Farina untuk mendendangkan dua buah lagu bersamanya.
“Ketika berada di pentas itulah, Marinatasha telah bertindak mengumumkan di khalayak ramai bahawa beliau adalah penyanyi utama dan beliau tidak dibenarkan membuat persembahan kerana memakai tudung,” kata Tan lagi.
Sebelum itu, penyanyi penyanyi mendakwa dirinya telah dihalau turun dari pentas oleh penganjur majlis kerana mengenakan tudung ketika membuat persembahan.
Marinatasha Isnariah Mustapar, 32, mengatakan bahawa kejadian berlaku ketika majlis makan malam sebuah syarikat pemaju hartanah di Bukit Kiara pada Sabtu lalu.
Dakwa Marinatasha, beliau yang sepatutnya menyanyi bersama kumpulan muzik, 'Rufus' telah diarahkan untuk turun dari pentas utama pada majlis itu oleh wakil syarikat tersebut.
Kenyataannya itu telah mengejutkan tetamu yang hadir terutama pengurusan syarikat tersebut dan ianya juga telah memburukkan imej dan nama syarikat tersebut yang menunjukkan bahawa syarikat itu seolah-olah ‘rasis’.
Selepas acara itu tamat, wakil syarikat CASTMET ada bertemu dengannya untuk mempersoalkan tindakannya itu dan sekali lagi CASTMET Sdn Bhd dituduh sebagai ‘rasis’.
Lantaran itu, setelah tersebarnya laporan kejadian tersebut yang dipaparkan melalui blog, pihaknya membuat laporan polis setelah terdapat ugutan dari sebuah badan bukan kerajaan yang mengugut untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat CASTMET Sdn Bhd pada Jumaat ini selepas solat Jumaat.
"Syarikat kami menggalakkan pekerja wanita beragama Islam bertudung malah kami menyediakan tudung sebagai sebahagian pakaian seragam pekerja kami," katanya lagi.
Tan berkata sebagai pengarah urusan syarikat, dia menjemput Marinatasha untuk ke pejabatnya dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.
"Saya menjemput Marina dan ibunya untuk hadir ke pejabat kami, lihat sendiri situasi disana dimana lebih separuh pekerja kami adalah bumiputra beragama Islam dan perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah ," katanya.
Namun, Marinatasha menolak pelawaan tersebut dan berkeras untuk tidak mahu pergi ke pejabat CASTMET Sdn Bhd.
Sebelum itu, dalam satu sidang media yang berlainan, penyanyi, Marinatasha, 32 mendakwa dirinya telah dihalau turun dari pentas oleh penganjur majlis kerana mengenakan tudung ketika membuat persembahan.
Dakwa Marinatasha, beliau yang sepatutnya menyanyi bersama kumpulan muzik, 'Rufus' telah diarahkan untuk turun dari pentas utama pada majlis itu oleh wakil syarikat tersebut ketika majlis makan malam tahunan syarikat tersebut berlangsung.
Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Perunding Polisi dan Dasar Awam MySuara, Faizal Riduan.
1 comment:
Apa pun alasan tak payahlah menyanyi...
Post a Comment