Anak Perempuan Zahid Hamidi Bakal Menentang Anwar Di PRK Kajang?

KUALA LUMPUR: Anak perempuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang ketika Barisan Nasional (BN) masih buntu untuk menamakan calon.
 Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang dipetik daripada laporan Sinar Harian hari ini, mengakui mempunyai hasrat itu, bagaimanapun ia masih di peringkat perbincangan. 
 "Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara yang sama," kata Nurul Hidayah.
 Anak Naib Presiden UMNO itu menyerahkan keputusan penuh kepada parti untuk membuat keputusan sama ada mahu meletakkannya sebagai calon ataupun tidak.
 Dengan alasan beliau tinggal di Kajang kerana rumah Zahid terletak di Country Height, Nurul bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dan terserah kepada pucuk pimpinan menentukannya.
Beliau juga turut memberitahu mengenai hasratnya itu kepada rakan-rakannya.
"Apa-apa pun, saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti," katanya. Nurul mahu menunggu keputusan calon diumumkan dan enggan mengeluarkan kenyataan lebih lanjut mengenai perkara tersebut bagi mengelak ada pihak yang terguris hati.
"Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak komen lebih lanjut. "Lainlah jika memang sudah diumum saya calon itu," katanya.-mysuara.net

2 comments:

kajangboyz said...

Mengabihkan boqeh je..
Hantar bapak dia pun nelum tentj menang lagi

Anonymous said...

Tak perlu ikut jejak DAP, PKR, dan PAS, terus-terusan jadi parti anak beranak. Mereka bantah kesultanan tetapi menggunapakai parti kekeluargaan! BN tak perlu mangkal semacam mereka!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...