4 faktor tudung Fareeda dijual mahal didedahkan oleh Fizo Omar..



Pelakon terkenal, Fizo Omar akhirnya mendedahkan empat sebab utama kenapa tudung jenama Fareeda dijual mahal berbanding jenama-jenama tudung lain di Malaysia.

 Pendedahan ini dibuat selepas terlalu ramai individu mengecam dan mengkritik harga mahal yang dikenakan ke atas tudung jenama Fareeda di laman sosial tanpa mengetahui lebih terperinci kelebihannya.

 1. Stok terhad - Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200 "Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi memndapatkan nombor giliran." – Fizo Omar

 2. Kewujudan orang tengah dipanggil Reseller yang cenderung menjual semula tudung jenama Fareda pada harga tinggi mencecah RM300. "Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi.” – Fizo Omar

 3. Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif "Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong." - Fizo Omar

 4. Tudung jenama Fareeda lebih kepada wanita yang berkemampuan “Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan.

Ada yang ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan fesyen ikut kemampuan dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham.” – Fizo Omar Sumber

9 comments:

QalamQabut said...

Yang ini aje yang aku boleh faham...

Tudung jenama Fareeda lebih kepada "WANITA YANG BERKEMAMPUAN'. Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan...

Bagi wanita yang tak berkemampuan tu belilah tudung jenama lain. Tak ada 'kurang pahala' kalau pakai jenama lain.

Dan tak payah nak susah2 nak bangun jam 3.00pg nak pi beratur semata2 nak beli tudung. Bangun jam 5.00pg, kerjakan solat subuh, sediakan sarapan untuk keluarga beri lebih kecantikan untuk seorang wanita.

Anonymous said...

Betulllllllll...

Anonymous said...

Sutuju buang duit je fareeda nih

Anonymous said...

saya tgok tudung fareeda ni mmg tak da hati nak beli. tidak melepasi dada pun. takut riak pulak klau pakai sbb mahal jadi bangga diri pulak

Anonymous said...

mmg x ade hati pun nak pakai.. cehhh

Anonymous said...

Xsalah pun die nak jual mahal.. betul la tu.. yg mampu belilah kalau nak, yg xberapa mampu ni xke berlambak lagi jenama tudung lain.. yg susah2 nak mengutuk jenama ni kenapa.. pilihan atas diri sendirikan..

Shahrul Azmi said...

Bkn cantik sgt pn tudungnye.

Anonymous said...

Nawaitu pakai tudung kenalah betul.Bukan saja wanita mahu kelihatan cantik diluar,dalam hati kena betul.Allah swt tahu apa saja yg terniat dihati manusia.Jadi para pereka fesyen,atau pemain industri,ingat anda juga akan disoal kenapa tudung itu tidak memenuhi kriteria sbg muslimah.Aku tgh tudung2 nih jd fesyen,ada sengkat,bonggol unta,ketat dsb.Kita kena menjawab nanti baik betul atau salah.

Anonymous said...

Dunia akhir zaman.Nak tutup aurat terdedah tapi lain pulak jadinya.Kalau setakat pakai tudung,tapi tudung singkat,jubah ketat,apa maknanya tuh.Baik takpayah pakai tutup,nampak bonjol sana sini,itulah nabi sudah beri peringatan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...