'Bil Makan Tengahari RM17,017? Itu biasa ler..



Kuala Lumpur: “Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmatinya hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini. Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.

 "Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali. Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

 Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat. Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

 Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu. Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

 "Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya. Bagaimanapun terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dibeli.-HM

2 comments:

Anonymous said...

Order 5 bijik ferrari takkan nak dpt rege sebijik kancil kot ?
Makan yg mahal, bnyk lak tu, kene le bayor rege yg mahal tu.
Yg ni tak yah wat kecoh le, malukan diri sendiri je.

Anonymous said...

LHDN kenalah datang buat kunjungan hormat sambil bawa fail, semak samaada selaras atau tidak jumlah cukai yang dibayar. Mana tau, kalau- kalau diberitahu jualan tahunan sekitar RM300,000.00 je...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...