Perkembangan Terkini Kes Tuntutan Cerai Nurul Izzah Terhadap Suaminya..

Nurul Izzah (kiri) bersama Nor Mawaddah hadir pada sebutan kes permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, semalam. 

Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar muncul buat pertama kali di Mahkamah Rendah Syariah semalam, bagi sebutan kes perceraian terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

 Nurul Izzah, yang gagal hadir pada tiga kali sebutan sebelum ini dilihat muncul di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi dengan berbaju kurung hitam bercorak bunga putih dan bertudung krim, sambil ditemani dua wanita.

 Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar yang diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong turut hadir pada prosiding semalam. Bagaimanapun, perjumpaan pihak terbabit di depan Hakim Syarie, Ab Malek Awang itu dibuat secara tertutup di dalam kamarnya. 

Zulkifli ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, mahkamah menetapkan 17 April ini untuk anak guamnya melantik calon jawatankuasa pendamai, dan laporan oleh jawatankuasa hendaklah diserahkan kepada mahkamah pada 12 Jun.

 Belum pasti wakil

 “Setakat ini, defendan (Raja Ahmad Shahrir Iskandar) belum pasti siapa yang akan dilantik sebagai wakil jawatankuasa pendamai bagi pihaknya.

 “Bagaimanapun hari ini (semalam), pihak plaintif (Nurul Izzah), membawa seorang wakil, ” katanya yang kemudian mengesahkan wakil terbabit adalah bapa saudara Nurul Izzah, Rosli Ibrahim. Nurul Izzah diwakili peguam syarie, Nor Mawaddah Ramli.

 Sementara itu, Nurul Izzah ketika dihampiri media enggan mengulas mengenai kes berkenaan, sebaliknya sambil tersenyum beliau berkata, “terima kasih kerana menghormati peribadi kami.” Raja Ahmad Shahrir Iskandar juga mengelak untuk ditemuramah dan hanya mengatakan, ‘tiada ulasan’ .

 Anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memfailkan permohonan berkenaan pada awal Januari lalu, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.BH

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa la ko nak sibuk2 hal peribadi dan rumah tangga orang......perangai ko nih dah macam setan...

Anonymous said...

Eh...eh...marah plk kau ni apasal...
Mmg sah pecacai kau ni.siap tlg marah lg bg pihak..

Cacai macai betol la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...