Motif sebenar Raja Azmi muatnaik foto tafsiran Al-Quran

Penerbit terkenal, Raja Azmi sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuatnaik sekeping foto yang mengandungi tafsiran Al-Quran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Perkongsian itu disertakan dengan caption berbunyi "Tafsiran Surah An-Noor ayat 31…tiada menyebut wanita yg tak pakai tudung masuk neraka. Sekadar berkongsi ilmu..amiin” dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikutnya sehingga isu sebelum ini berkaitan "tidak bertudung tidak akan masuk neraka" kembali hangat diperkatakan mereka.

Bagi mengetahui motif sebenar Raja Azmi memuatnaik gambar tersebut, pihak Astro Gempak telah menghubunginya untuk mendapat penjelasan lanjut.

Kata wanita berusia 55 tahun itu, tindakannya memuatnaik foto berkenaan hanyalah bertujuan untuk berkongsi ilmu keagamaan namun niatnya dikatakan telah disalahtafsir oleh orang ramai.

4 comments:

Anonymous said...

Nak berkongsi ilmu atau nak buat penyelewengan dengan guna ayat mungkin dia sendiri tidak faham tafsir? Jangan cari sumber untuk menidakkan hukum yang jelas. Bukan hanya berdosa besar, malah boleh kufur. Bertaubat dan mohon maaf.

Anonymous said...

Susa kalau dah tua2 masih giller glamer.
Duduk rumah jg cucu lah makcik.
Bw kitab pergi belajar agama kan baik tu.
Jgn berani mempertikaikan hukum Allah kalau makcik tak tahu.
Beristifar banyak2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...