Rakyat marah bila Pakatan DAP guna Dewan Orang Ramai Sebagai Markas Untuk Berkempen. #lovepenang @huan2u


Isu Dewan JKKK SUNGAI GELUGOR dijadikan MARKAS PAS. Penduduk marah dan kecewa kerana Dewan berkenaan sebenarnya adalah utk kegunaan orang ramai tanpa mengira parti. Tetapi Dewan ini telah di salahgunakan olih PAS utk kempen PRK BKT GELUGOR. Bendera PAS/DAP/ PR telah dipasang di sekeliling Dewan. Isu ini akan di siarkan pd jam 5 ptg ini di Berita Wilayah RTM (TV1). 

GEORGETOWN- Dewan orang ramai yang sepatutnya dijadikan tempat untuk komuniti bermasyarakat disalah guna oleh penyokong pakatan rakyat ketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Perlimen Bukit Gelugor. Dewan JKKK yang terletak di Persiaran Sungai Gelugor 2 disini bukan sahaja dijadikan markas untuk mereka berkempen malah ia dijadikan bilik gerakan operasi parti Pas bagi membantu rakan sekutu mereka DAP yang bertanding dalam PRK disini.

 Tindakan parti itu menjadikan dewan orang ramai sebagai tempat untuk berpolitik ditentang penduduk tempatan kawasan itu. Bukan sahaja beranggapan tindakan itu tidak wajar malah beberapa penduduk yang ditemui berkata tindakan itu adalah penyalahgunaan kuasa. Seorang penduduk,Ismail Ibrahim, 61 berkata, dia kesal dengan tindakan parti berkenaan yang menggunakan kemudahan penduduk untuk kepentingan parti.

 Menurutnya,Pas tidak sepatutnya menggunakan dewan itu sebagai markas mereka dan ia telah menyinggung perasaan penduduk di kawasan kampung berkenaan. "Dewan itu sepatutnya dijadikan tempat penduduk melakukan aktiviti,kenduri kendara dan sebagainya bukan untuk satu-satu puak berpolitik. "Apabila perkara ini berlaku ia akan menyebabkan masyarakat berpecah belah kerana bukan semua penduduk disini yang bersetuju dengan tindakan mereka dan bukan semua penduduk disini menyokong parti Pas mahupun DAP,"katanya.

Turut berkongsi pendapat yang sama Ahmad Salleh,62 yang menentang keras penyalahgunaan dewan berkenaan untuk tujuan politik. Katanya, tindakan Pas menaikkan bendera parti itu juga adalah satu kesalahan dibawah Akta Pilihanraya. "Penggunaan bendera parti lain selain bendera parti yang bertanding adalah salah dan mereka perlu menurunkan semua bendera Pas dikawasan itu. "Pas boleh membuka markas mahupun bilik operasi mereka,mereka nak berkempen untuk membantu DAP pun terserah kepada mereka tetapi jangan salah gunakan hak dan kemudahan rakyat.

Banyak tempat lain yang boleh mereka jadikan bilik gerakan tetapi bukan di dewan JKKK,"katanya. Mohd Razak Ibrahim,66 pula berharap agar Pas lebih bertanggungjawab dan menjaga perasaan masyarakat kampung di kawasan berkenaan dengan tidak memandai-mandai membuka bilik gerakan di dalam kawasan berkenaan. Beliau turut berharap penduduk kampung dapat berpolitik secara sihat dan tidak menjadikan perbezaan pandangan politik sebagai penghalang untuk mereka bersatu.

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Sebelum pru13...umno juga gunakan dewan org ramai sebagai bilik gerakan dan sampai sekarang negeri di kuasai umno menempatkan kemas di balairaya2 peruntukan pejabat daerah?

dapig budus said...

Hoi kluangman bodo. Kalau nk samakan dgn umno baik tak payah ada pakatan haram. Kata telus la, cat la, puihh!!

Anonymous said...

rakyat pilih pakatan sbb pakatan janji xkn ikut apa yg salah pada bn...tp pakatan pn sama je mcm bn....so xyah la nk cakap hal ubah la, selamatkn malaysia la...pakatan suke ckp xserupa bikin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...