15 Adun PAS Tetap Setia Bersama Khalid. Anwar gigit jari..


15 Adun Pas Sokong Khalid, Taat Kepada Keputusan Majlis Syura Ulama PAS

 KOTA BHARU – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Amar Abdullah memberi jaminan 15 Adun Pas Selangor masih lagi menyokong Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana diputuskan Majlis Syura.

 Menurutnya, selagi parti berpaksi kepada keputusan Majlis Syura, maka secara automatiknya dari segi kewajipannya wakil rakyat Pas akan tetap bersama Abdul Khalid.

 “Arahan pun sudah dikeluarkan kepada exco Pas supaya kekal dengan jawatan yang ada, DAP pun tidak dengar supaya keluar, tidak ada arahan suruh letak jawatan, maka dari segi pentadbirannya, Tan Sri Abdul Khalid masih mendapat sokongan, walaupun DAP, dari segi partinya bersama dengan PKR,”katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

 Beliau diminta mengulas isu pergolakan yang melanda politik Selangor selepas buat pertama kalinya negeri itu dipegang seorang menteri besar bebas.-SGB

4 comments:

Anonymous said...

blh percaya ke?

Anonymous said...

Diantara penasihat, punahsihat & punaisihat. Mana lebih bahaya?

Anonymous said...

Biarlah PAS menerajui Selangor,,, TS Khalid pon akan masok PAS.

Anwar, Azizah dan Rafizi boleh mintak tolong DAP, Lim Guang Eng letak Jawatan supaya PKR Boleh lantik Anwar atau Azizah jadi Ketua Menteri supaya perjuangan ke Putrajaya dapat diteruskan.

Azizah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kita nak tengok aper pendapat Cina2 Penang boleh terima MELAYU jadi Ketua Menteri ke Tidak?

Anonymous said...

Wan azizah bukan melayu pun, Cina yg dijaga org Islam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...