Fakta Kehebatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Yang Memberi Igauan Buruk Kepada Lim Guan Eng!

KULIM - Pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim yang dicadangkan kerajaan Kedah bukan sahaja akan memberi manfaat kepada negeri itu, malah wilayah utara negara serta wilayah selatan Thailand.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Kedah Norsabrina Mohd Noor berkata projek yang dikenali sebagai Kulim–XP (K-XP) dengan keluasan lapan kali ganda Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) itu akan mewujudkan pelbagai kemudahan terkini di kawasan terlibat.
Beliau berkata keluasan LTAPP hanya 40km persegi berbanding cadangan Kulim-XP yang akan mempunyai keluasan lebih 300 kilometer persegi.
Katanya mengikut kajian, keluasan lapangan terbang ini juga boleh menempatkan kemudahan-kemudahan sesebuah lapangan terbang untuk tempoh 30 hingga 50 tahun akan datang, berbanding LTAPP yang hanya mampu bertahan 10 tahun lagi.
"Dengan wujudnya lapangan terbang tersebut, kawasan sekitar sepanjang pantai termasuk daerah Selatan Kedah, Perak Utara, Seberang Perai Tengah dan Selatan akan mempunyai satu rantaian pembangunan dengan kawasan sekitarnya turut mengalami limpahan," katanya kepada Bernama pada majlis Rumah Terbuka Kulim Hi-Tech Park di sini hari ini.
Lebih 1,000 tetamu termasuk pekerja kilang dalam kawasan tersebut hadir pada majlis yang dihoskan Presiden Kulim Teknology Park Corporation (KTPC) yang baharu, Annuar Mohd Saffar.
Sementara itu, Norsabrina yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu berkata dengan wujudnya Lebuhraya Bandar Baharu-Sungai Petani, ia akan memendekkan jarak kedua-dua tempat daripada kira-kira 100km kepada hanya 80km.
"Secara keseluruhannya, pembangunan infrastruktur sebuah lebuh raya baharu jaraknya anggaran 80km yang akan bermula dari Plaza Tol Bagan Samak, di Bandar Baharu sehingga Kawasan Perindustrian Teknologi Tinggi Kulim hingga Sungai Petani kelak, akan wujud beberapa pekan baharu seperti Sungai Kob, Padang Serai dan juga Pekan Mahang," katanya.
Norsabrina berharap sebuah hospital yang lengkap juga akan dibina seiring pembangunan infrastruktur lain demi kemudahan rakyat di Bandar Baharu dan kawasan sekitarnya.
Katanya, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan KTPC sedang berganding bahu mewujudkan pelbagai kemudahan khususnya dalam bidang tenaga mahir dalam kalangan belia sebagai langkah menempatkan mereka di kawasan perindustrian di wilayah utara. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Itu pun ada macai-macai drp musoh dalam selimut yang kianat cuba menjatuhkan YB mukriz dengan mengatakan projek ini tak guna , pi jilat jubok guan eng la .

Anonymous said...

Itu pun ada macai-macai drp musoh dalam selimut yang kianat cuba menjatuhkan YB mukriz dengan mengatakan projek ini tak guna , pi jilat jubok guan eng la .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...