Nukilan Rasa Ahli PAS yang perlu anda tahu sekarang ini..


NUKILAN RASA AHLI PAS (dipetik dari komen dalam page Parti Islam Semalaysia -pusat)

Sukar untuk menerima hakikat tetapi kebenaran walaupun pahit, perlu juga ditelan, perlu juga dikhabarkan dan perlu juga didedahkan, biarpun akhirnya ibarat pepatah orang Melayu, tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Siapa yang tidak kasih kepada parti yang banyak berjasa kepada kita. Walaupun mungkin sebahagian daripada 'jasa' tersebut membuatkan kita terpaksa membuka lebih banyak kitab, terpaksa menghadap lebih ramai guru dan terpaksa berdebat, bermuzakarah dan berbahas semata-mata untuk memurnikan ilmu yang kita pelajari namun, dilihat 'ke belakang cermin', hikmahnya membolehkan kita mengetahui dan mempelajari lebih banyak disiplin ilmu.

Tidak dapat dinafikan, sebilangan besar tenaga pengajar di dalam PAS, walaupun ijazah dan kelulusan mereka bergulung-gulung, apabila mereka berada dalam lingkungan POLITIK ISLAM, mereka lebih cenderung untuk mengajar kebatilan, fitnah, mengumpat, ujub, takabbur dan berbohong. Semuanya dibuat atas nama PERJUANGAN ISLAM. Apabila diberitahu bahawa mereka telah melakukan kemungkaran mahupun kebatilan, mereka melenting dan cepat-cepat melabelkan kita sebagai ANJING UMNO.

Walhal UMNO, PAS tidak ada kaitan langsung dengan ISLAM walaupun ada yang mengajarkan bahawa antara kedua-duanya, salah satu daripadanya adalah Islam Tulen.

Baik UBN mahupun PAS, kedua-duanya lahir daripada fikrah keperluan duniawi yang mempunyai tunjang mahupun hala tuju perjuangan yang berbeza walaupun akhirnya matlamatnya tetap sama. Perbezaan ideologi politik sebenarnya tidak mengganggu akidah selagimana akidah itu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allah Taala dan kepada Rasul-Rasul-Nya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi iktiqad yang yakin, kepercayaan yang putus sekira-kira menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut sebagaimana kepercayaan itu.

Itu sedang berlaku di dalam PAS.

Kalau ditanya, mengapa pilih PAS... yang jahil tetapi mahu cari jalan pintas untuk masuk syurga mahupun yang mahu dikatakan lebih Islam dari orang lain, akan kata PAS adalah jalan hidupnya. Yang waras dan tahu membezakan antara batil dan haq akan mengatakan, PAS disokong dan didukung kerana prinsip perjuangannya. Manakala yang terlebih muntahi pula akan berkata, PAS ada masa hadapan untuk berkuasa di Malaysia kerana keperluan spiritual, akhirnya mengalahkan material.

Golongan pertama dan golongan terlebih muntahi inilah yang paling ramai dalam PAS dan kedua-dua golongan inilah yang paling banyak mendatangkan kerosakan kepada PAS dengan pengeluaran hukum yang mereka fikirkan logik dan waras, tetapi sebenarnya sesat dan serba menyesatkan terutama sekali yang membabitkan pentakfiran dan melabelkan BODOH kepada orang Islam bukan PAS.

Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor semakin mendekatkan kita ke jurang kehancuran jemaah. Segala ilmu yang diajar selama ini, ternyata menjadi sia-sia apabila kita sendiri terperangkap dalam mainan yang sepatutnya kita lebih mahir dan lebih berpengalaman bersandarkan kepada hukum aqli - baik aqli dharuri mahupun aqli nazhari - serta naqli.

Barangkali kerana terlalu banyak membiarkan syaitan bermaharajalela, akhirnya yang tersembam adalah kita sendiri.

Dan berita terbaru, PAS Selangor yang diketuai oleh Iskandar Samad terpaksa tunduk kepada gerombolan Khalid Samad apabila bersetuju untuk menamakan tiga orang calon Menteri Besar DARIPADA PKR, bukannya dari PAS hanya kerana Anwar Ibrahim semalam membidas TGHH dengan menyatakan KERUSI MENTERI BESAR SELANGOR ADALAH HAK PKR.

Keputusan PAS Selangor itu, kemudiannya menjadi senjata kepada Khalid Samad yang telah diludah, disimbah air dan dimaki carut ketika keluar dari mahkamah untuk memberitahu jemaah PAS agar keluar dari PAS sekiranya enggan menyembah dan tunduk patuh kepada Anwar Ibrahim pada tubuh badan Wan Azizah.

Berguna lagikah semua ilmu yang dipelajari menerusi usrah, tamrin, kuliyyah dan sebagainya sebagaimana yang dianjurkan oleh PAS?

Atau ia sekadar satu topengan untuk melindungi kemunafikan golongan yang mahu menggunakan kesucian agama Allah Taala untuk kepuasan nafsu mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sebilangan PARASIT di dalam PAS?

Sungguh mengecewakan kerana pucuk pimpinan akhirnya akur dengan kehendak orang luar parti tanpa mengambil kira perasaan serta sokongan jemaah yang begitu setia menjunjung setiap prinsip mulia parti.

1 comment:

Anonymous said...

Lihatlah wahai Islam penyokong pembangkang.. Apakah belum nampak pemimpin hampa ni mengikut telunjuk parti org kafir dap? Fikir2 kanlah masa depan anda. .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...