Walau di'booo' oleh Perwakilan Pas. Hanipa Maidin tetap angkuh!


Kerajaan PAS bakal runtuh dan lenyap dalam masa singkat sekiranya parti itu berkeras untuk menerima titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membentuk kerajaan di Selangor.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Mohamed Hanipa Maidin ketika memberikan amaran keras itu berkata, krisis politik di Selangor tidak akan berakhir jika PAS menerima jawatan menteri besar yang baharu.

Tidak senang dengan ramalan proPKR itu, perwakilan dan pemerhati Muktamar PAS bertindak menyorak 'booo' kepada Hanipa.

"Anda boleh 'booo' sekuat hati pun. Boleh teriak, tapi saya tetap berhujah bersandarkan fakta.

"Kita nak buat keputusan perlulah berdasarkan prinsip yang rasional dan munasabah. Mengambil kira apakah isu yang sebenar. Bukan berdasarkan sorakan atau 'booo' tuan-tuan," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60.

2 comments:

Anonymous said...

Nampak jelas yang si mamat hanipah maidin serupakan ahli kepada pasokan strategi pkr dan anwar. Parasit belaan anwar.

Anonymous said...

kononnya dia jadi peguam dan dia boleh ramalkan semua perkara. Kuasa tuhan pun dia nak ambil sekarang ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...