Fahmi Zainol si budak hingusan kena 'penampaq' sedaih dengan lecturer UMS



Sebagai mantan aktivis dan pemimpin varsiti, saya sangat terbuka dalam soal mahasiswa dan idealisme. Cari dan susurlah apa juga jalan perjuangan yang kita percaya dan gemari. Kerana matlamat teratas pendidikan adalah memberi manusia kemerdekaan diri. Ya, membebaskan kita dari kongkongan.

Tapi jangan lupa: kongkongan datang dalam pelbagai bentuk. Kemerdekaan diri boleh direncat dengan bermacam cara. Hanya kerana kita menempik kepada dunia dengan seribu slogan emansipasi: itu tidak memberi kita merit mutlak sebagai pejuang kebebasan. 

Saya ada masalah dengan entri Fahmi Zainol yang dipetik daripada wall FB rasmi dia. Nota: Ini kenyataan dia sendiri yang sebenar-benarnya, bukan diambil daripada akaun palsu yang disebar oleh fitnah. 

II
Pertama, saya mahu menyoal: siapa yang memberi mandat kepada Fahmi Zainol untuk berjuang bagi pihak mahsiswa UMS? Dia diangkat oleh pelajar UM untuk mewakili suara mereka dalam isu-isu bersabit kampus di Lembah Pantai, yang terletak di depan matanya sendiri. Bukan menyibuk di kampus Teluk Sepanggar, yang terletak ribuan batu di seberang lautan.

Itu isu pertama saya, perihal kecelaruan mandat. Ketidakfahaman dia pada skop amanah dan tanggungjawab sendiri. Soal prioriti yang dipinggirkan. Tahukah Fahmi Zainol berapa ramai pelajar OKU di Kolej Kediaman Za’ba dan apakah bantuan yang mereka perlukan? Pernahkah Fahmi Zainol ambil tahu sama ada bilangan bilik karel di perpustakaan UM masih cukup untuk pelajar cacat penglihatan? Apakah pelan strategi MPP UM di bawah pimpinannya untuk membela komuniti mahasiswa yang paling marginalised di UM ini?

Kedua, Fahmi Zainol kata: “Tembok dan pagar pembodohan Universiti Malaysia Sabah perlu dirobohkan”. Kegampangan ini dia ambil daripada mana? Hak untuk mendefinisikan masalah dan isu; itu adalah milik mutlak komuniti lokal sesuatu tempat. Tembok dan pagar memberi makna berbeza kepada komuniti berbeza. Mungkin pada setengah orang, itu melambangkan halangan dan pembodohan. Tapi bagi orang lain pula, itu mungkin memberi keselamatan dan perlindungan.

Kata kuncinya di sini: hormati konteks komuniti yang berlainan. Jangan anggap kita saja yang pintar berfikir; sedang orang lain semua platipus yang tidak berakal. Sebab mentaliti begini yang sebenarnya jadi tembok pembodohan paling agung yang menggelapkan tamadun berfikir mahasiswa. Saling prejudis kerana perbezaan anutan dogma. Oh, aku saja yang bitara. Orang lain semua lembu.

III
UMS mempunyai komuniti mahasiswanya sendiri; dan telah mengangkat pemimpin pilihan mereka secara demokrasi. Kerana mereka percaya: itulah pimpinan yang mewakili suara majoriti.

Tidak ada yang lebih memahami jerih kampus ini melainkan mahasiswa UMS sendiri. Atas dasar dan justifikasi apa yang membolehkan Fahmi Zainol menobatkan diri sebagai pencerap isu yang lebih tepat di bumi orang, lantas layak mengusulkan cadangan “merobohkan” sistem yang sedang beroperasi dan dinikmati? Sedangkan dia tidak pernah tinggal lebih daripada 15 hari di kampus UMS sepanjang hayatnya.

Sekadar mendengar rintihan-rintihan dari jauh; badak sumbu di Sumatera pun ada ketikanya turut mendengar berita dari sini yang berpuput dibawa monsun timur laut; dan babi dahak di Taiwan juga merasakan desah perkhabaran itu yang dibawa tiupan monsun barat daya. Persoalannya: adakah itu memberi binatang-binatang ini hak dan merit untuk merasai secara fizikal dan akliah isu-isu lokal yang benar-benar mendasar di situ?

Ok, saya akui analogi itu sangat hiperbola dan bombastik. Abaikan. Tapi poin saya jelas, iaitu: dengan kesibukan Fahmi Zainol membahagi masa antara pelajaran dan tugas sebagai pemimpin sebuah universiti lain yang turut dibelenggu pelbagai isu mahasiswa yang lebih kompleks; serta wujudnya jurang konteks yang sangat berbeza di antara UM dan UMS: adalah mustahil dia boleh menyelami kebenaran yang tersurat dan tersirat di sini. Jangan kata 70%; mungkin 8.7% pun tidak mampu.

Persoalan seterusnya: dengan realiti begitu, di mana maruah dan kredibiliti Fahmi Zainol mahu mengajak komuniti yang tidak dikenalinya ‘merobohkan’ itu dan ini? Yang lebih perlu adalah untuk dia merobohkan prejudis dan sikap “aku-dari-UM-universiti-perdana-maka-aku-ini-lebih-pandai-dari-seluruh-komuniti-UMS” dalam dirinya sendiri. Mari saya turunkan wahyu untuk dia: bagi engkau universiti engkau, bagi mereka universiti mereka.

IV
Jangan pernah alpa memahami realiti sebenar idealisme kampus. Matlamat akhir bukan untuk merobah dunia atau negara; tetapi mengubah dan memperkasa diri. Universiti adalah ruang transformasi peribadi, bukan medan reformasi pertiwi. Ini tempat kita belajar menelan ego sendiri dan meletakkan berani pada tempatnya yang wajar.

Jika tidak, kita hanya akan jadi sebutir pasir pasrah di tebing laut yang panjang. Bukan ombak yang mampu mengolah lanskap pantai secara organik dan berterusan. Pendekatan populist hanya relevan pada suku pertama usia muda, ketika mana jerit-pekik masih boleh dimanipulasi sebagai suara pemberontakan generasi belia.

But as you get older, people would begin to expect more. Tidak lagi cukup sekadar suara anarkis yang bergempita. People want to see substances, and your effective ability to mobilise issues for real. Bukan hanya jadi pahlawan siber dan pejuang jalanan. Percaya atau tidak: sepuluh tahun daripada sekarang, majoriti mereka yang “mengadamadlikan” dirinya tidak akan meninggalkan sebarang legasi yang diingati. Kecuali hutang PTPTN yang tidak berbayar. 

V
Ada 28 juta pejuang di Malaysia, mewakili semua kelompok umur. Tumbuhlah secara natural mengikut usia sendiri. Jangan rampas mandat orang lain, atau peranan orang tua. Belajarlah mengutip kaca-kaca yang pecah di pantai dan sampah sarap yang menodai alam sekitar. Sebelum ghairah berlebih-lebihan (nota: kalau sekadar perlu, ok) mahu membanteras ketirisan cukai rakyat dan keborosan orang-orang kenamaan membeli cincin berlian. Hutang kau sendiri kepada negara siapa mau bayar?

Ingatlah, reformasi bermula dengan diri. Bukan dengan entiti lain di sekeliling. Jika kita mahu memperjuangkan kebebasan; maka berikan manusia lain kebebasan untuk memperjuangkan agenda mereka mengikut pilihan dan konteks lokal. Kerana setiap komuniti mempunyai struktur dan prioriti isu yang berbeza, serta keupayaan untuk berfikir.

Jangan jadi petani pandir yang menghasut kerbau membajak sawah di Gunung Ledang. Bawalah pulang kerbau itu ke tanah pamah asal-usulmu, dan bajaklah sawahmu sendiri yang sudah lama berlalang panjang.

8 comments:

Anonymous said...

Bapak budak kurang ajar ni patut tampar dia kaw kaw. SAMPAH!

Anonymous said...

Very nice write up. Fahmi, pergi balik rumah sendiri dan lihat sekeliling. Kalau rumah sendiri masih penuh sampah, bersih kan lah rumah anda dulu. Then baru lihat kelas anda, library, your school, etc. Btw, you yourself is already sampah masyarakat unless proven otherwise.

Anonymous said...

balik rumah, jangan buat kacau hidup orang lain. Jangan buang masa. Jangan ajar orang lain dengan kebodohan kita.

Cepat sedar sebelum terlambat dan malu pada diri sendiri.

Kita tidak akan sentiasa betul.

Tapi dalam konteks anda, anda belum pernah jadi betul. selalu sahaja salah.

Anonymous said...

Mak Pak dia bangga kot dpt mangkuk mcm ni punya baghal.... Dasar bungol

Anonymous said...

Alangkah baiknya jika dia menggunakan pengaruh untuk membuat khidmat masyarakat atau pelbagai program untuk murid-murid tempat dia belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Pelbagai program untuk belia di kampung atau khidmat mayarakat di kampung beliau sendiri.

Aku pernah hubungi presiden salah satu persatuan di universiti untuk buat program jati diri murid sekolah. Soalan pertama dia kepada aku, Ada token?

Memang betul budak U tak ada duit, tetapi mereka boleh gunakan peruntukan HEP dan jadikan program ini sebagai program persatuan mereka.

Saya juga difahamkan pihak HEP turut menyediakan bas atau van kepada persatuan yang melaksanakan program khidmat masyarakat di luar kawasan.

Yang benar
NYDP PIBG

Anonymous said...

Bdk ni elok pi mampoih sj

Melor said...

A nice write up. Tanpa emosi tetapi lebih kepada mengajak muhasabah diri.

Anonymous said...

Biasa la. Konon ada si A backup.. rasa diri terror..?Tapi sebenarnya nafsu menguasai diri bila di provok si A tu. Kebebasan la konon. Kebebasan UM utk halang tak hormat plak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...