Pengalaman 'ngeri' bagaimana sukarnya seorang Peguam memohon menjadi ahli UMNO! @najibrazak
Presiden kata lepas ni keahlian adalah secara Online. Patut dari awal benda ni dibuat. Karenah birokrasi utk keahlian amat menyusahkan. Pengalaman sendiri membuktikan. Beberapa cubaan telah dibuat utk menjadi ahli ternyata gagal.
Cubaan pertama: 10 Januari 2013 menyerahkan Borang Keahlian kpd Ketua Penerangan UMNO di PWTC bersama Sdr Sam Shariff dengan ada liputan media sekali. Tiada sebarang maklum balas keahlian selepas itu. Sudahnya, esok terus difitnah dlm blog jalanpulang1978 dgn tajuk "Pecah Berita: Peguam Carik Makan Merajuk Masuk UMNO". Dan dikongsi dan viral dlm blog2 pro PR yg lain. I was so close to file defamation suit that time, tapi kesian kpd blogger ni..kang susah pulak nak byr pampasan. Lagipun bkn x kenal blogger nih, bekas kwn sekolah my partner jugak. Biarlah fitnah yg dia tulis tu dijawab di akhirat kelak. Blog dia pun dah dipadamkan, mungkin takut dgn kemungkinan diambil tindakan undang-undang sebab byk sgt fitnah dan mengata kat org. Matlamat sendiri utk sertai UMNO adalah jelas dan hanya Allah saja yang tahu. Tidak perlu sesiapa di bawah langit utk menilai dan menghukum meski UMNO dilihat secara persepsi kian parah & kurang upaya. Meski pernah ditempelak rakan-rakan lain dgn sindiran kasar, "Kalau dah org tak mau, kenapa masih terhegeh-hegeh?".
Cubaan Kedua: Bulan Mac 2013, sebulan sebelum Parlimen dibubarkan. Borang Ahli siap ditandatangani Ketua Cawangan & S/U Bahagian ketika itu. Siap cop bagai. Ketua Cawangan diminta S/U Bhg utk majukan borang ke pusat. Mungkin hilang di tgh jalan atau Ketua Cawangan mmg x hantar, seminggu selepas PRU13 selesai, baru dpt tahu bahawa borang keahlian tidak pernah diproses ie nama tidak ada dlm data keahlian.
Cubaan Ketiga: Sendiri cari borang, minta dan ambil sendiri. Sendiri jugakla cari Ketua Cawangan lain utk tandatangan, jumpa sendiri dgn Ketua Bhg utk dptkan tandatangan bahagian. Tinggal satu lagi proses, mahu serahkan sendiri borang ke PWTC nanti. Apa begini payahnya utk sertai sebuah Partai 'elit' sedangkan rakan-rakan dalam Partai 'marhain' PKR, PAS hatta DAP pernah terus memegang tangan mengajak utk bersama tanpa byk bicara...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Lojiknya begitulah susah dan payahnya proses yg perlu dihadapi utk menjadi ahli UMNO.Dari satu pihak kita digambarkan susah,pihak lain pula beranggapan lain.Senang cerita,minta UMNO pusat selaraskan semula proses keahlian secara telus.Biarlah bermula dari peringkat cawangan sehingga ahli yg baru mendaftar puas dan gembira tanpa bebanan.UMNO perlukan perubahan total meliputi minda petugas di PWTC turun ke peringkat cawangan,buat taklimat khusus utk memudahkan segalanya.
Bukan setakat borang untuk menjadi ahli hilang ditengah jalan. Bapa mertua aku sebelum ni duduk Kota Tinggi kemudian berpindah ke Tangkak. Dari Kota Tinggi lagi dah memang akan pangkah umno, jenis orang kata darah tu kalau megalir memang bau umno je.
Tapi bila pindah ke Tangkak, dia pernah didatangi orang umno untuk tukar alamat mengundi ke SPR kononnya. Sampai sudah nama bapa mertua aku ni kat senarai pemilih Kota Tinggi. Naitjahnya, DUN Tangkak yang suatu masa dulu kuat dengan BN dah jatuh ke tangan DAP.
So, salah siapa sekarang? Pengundi ke atau orang yang bekerja dengan umno?
mentality umno memang cam tu, takut sangat professional masuk parti kang kena cabar. kalau takut dicabar pergi memancing la. grow up la umno!
Lebih kurang 25 tahun dulu cukup mudah!
What's the catch? Duduk luar negara. Tapi takat tu je lah kekadang email yang hanya perlu jari jemari pun tak dilayan berbulan....
Hmmm....tak tahu lah UMNO UK, Canada, Australia, US mana aje lah harap tak selembab Najib!
Ini pun pengalaman 1st Hand!
Jawatan dalam UMNO semua harta pusaka. Bila mati saja baru orang lain boleh ganti itu pun di kalangan adik beradik .
Kalau begitu lah peritnya nak jadi ahli umno, rasanya bila keahlian on-line juga akan sama dengan cara manual ini. Rasanya akan berlaku juga perkara2 keahlian yang tidak diproses dan disahkan,,,saya pasti itu akan berlaku...sebab apa...?
Post a Comment