JANJI DAP HANYALAH PALSU BELAKA, SAMALAH SEPERTI JANJI IBLIS KEPADA MANUSIA.


Bukan main lagi dahulu Lebai-lebai Malang dan para Pak Kaduk  memuji Lim Guan Eng...., kononnya anak Lim kit Siang itu begitu prihatin dengan hal ehwal Islam dan umatnya di Pulau Pinang apabila MEMPERUNTUKAN RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di negeri tersebut.

Sedangkan jumlah sebenar peruntukan yang disediakan bagi tujuan itu hanyalah RM 11 juta sahaja,  iaitu lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberikan ketika era pentadbiran Barisan Nasional pada tahun 2008.

Pendedahan ini dibuat oleh Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohd. Yussoff Hamid yang turut menyatakan peruntukan RM24.3 juta itu sebenarnya turut merangkumi perbelanjaan tahunan bagi kos pengurusan agensi Islam.

Bajet pegurusan berjumlah RM13 juta adalah bajet mengurus yang diperuntukan secara tahunan untuk membayar emolumen termasuk gaji kakitangan agensi di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Islam.

Jika ditolak RM13 juta daripada RM24 juta, peruntukan sebenarnya hanyalah RM11 juta. Nampaknya mudah sungguh Lebai Malang dan Pak Kaduk ditipu dan di kaldaikan oleh Lim Guan Eng.

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,
DAP CAKAP BOHONG MELAYU PAS TAK SEDAR-SEDAR LAGI.

Mohammad Firdaus Hasnel

2 comments:

Anonymous said...

Orang Melayu PP menangis x berlagu. kalau x sedar lagi x taulah apa nak kata. Hakikatnya BN jauh lebih baik dari PR.

Anonymous said...

Kawan2 aku yg mamak dan mami dok kelupoq cari rumah mampu beli. Susah depa kesian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...