Kisah Karut dan Tahyul Nik Aziz Tahajjut di ICU. Hentikanlah Membodohkan Pengikut Anda!


Sepertimana yang diketahui, Nik Aziz sekarang sedang diuji dengan sakit. Dikatakan beliau menghidapi kanser prostat, serangan kuman di paru² dan di otak dan terpaksa di'coma'kan (induced coma) supaya memudahkan proses rawatan.

Malangnya di saat² Nik Aziz sedang duji dengan kesakitan, muncul kisah² tahyul dan dongeng yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran kita yang waras. Kisah mengarut seperti Nik Aziz bangun setiap jam 4 pagi untuk menunaikan tahajjut walaupun sudah di'coma'kan. Selepas bertahajjut beliau minum teh dan kembali koma semula. Lepas tu bangun balik untuk solat Subuh, berbual dan sebagainya.

Timbul banyak persoalan dari kisah tahyul lagi dongeng ini, Jika dikomakan, bangun untuk bertahajjut dan selepas itu minum teh dan koma semula, ini bukan koma namanya. Itu tidur. Jika boleh bangun sendiri buat apa kencing melalui tiub. Macam tak berapa nak kena.

Sebelum ini kecoh satu rakaman video yang mana ketika banjir, gambar Nik Aziz tidak terkena selut kerana karomah Nik Aziz. Dan sekarang cerita begini pula timbul. Sampai bila masyarakat mahu disajikan dengan kisah mengarut seperti ini?

Kita khuatir kisah² tahyul seperti ini merosakkan pegangan akidah dan merosakkan otak sebahagian pengikut Nik Aziz. Mereka yang mereka-cerita dan menyebarkan kisah mengarut ini sebenarnya cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan Nik Aziz dan keluarga demi kepentingan politik dan mungkin kepentingan peribadi.

Kita hairan, kuman 'soleh' jenis apa yang boleh tolong kejutkan orang bangun tahajjut dan kejut solat 5 waktu. Sedangkan buang air kecil pun menggunakan tiub tak boleh bangun, tetapi boleh pula bangun untuk bertahajjut dan bersolat 5 waktu dengan melawan ubat tidur yang dikatakan kuat itu. Saya sarankan kepada para doktor untuk masukkan kuman jenis 'soleh' ini dalam tin untuk dipasarkan kepada orang ramai, supaya mudah untuk kami bangun tahajjut lepas ni.


Mengikut maklumat terkini Nik Aziz juga dikatakan menghidapi kanser prostate. Sepertimana yang dikongsikan oleh seorang doktor pakar, Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir, fakta ringkas mengenai kanser prostate boleh dibaca di-wall beliau di sini.

Dunia semakin maju, rakyat mahukan negara menyumbang pembangunan seperti negara kelas satu (1st world country) yang lain tapi rakyat sendiri berfikiran dan bermentaliti seperti rakyat negara kelas ketiga (3rd world country), tidak mementingkan aspek pendidikan dan ilmu. Kisah dongeng dan tahyul seperti ini dijaja entah untuk apa pun tidak diketahui apa kebaikannya.

Majoriti mengambil kisah tahyul ini seperti kisah sahih para Nabi dan Rasul yang terbukti dengan mukjizat juga berbukti dengan Al-Quran dan Hadith. Sampai bila mahu memperbodohkan pengikut anda dengan kisah² mengarut seperti ini?

Tidak terlintas untuk saya menghina Nik Aziz namun mereka-cerita dan menyebarkan kisah mengarut ini perlu dihentikan oleh pengikut taksub Nik Aziz. Tidak ada kebaikan pun yang dapat diperolehi dengan menyebarkan kisah mengarut ini.

Sedangkan Nabi sallallahu alaihi wassallam ketika di penghujung hayatnya ketika sakit juga tidak mampu bangun bersolat lalu diperintahkan Abu Bakar menggantikan Beliau sebagai Imam. Malah ada ketika Nabi sallallahu alaihi wassallam dibantu oleh sahabat untuk bersolat. Malah ada juga ketika Nabi sallallahu alaihi wassallam hanya memberi isyarat untuk sahabat meneruskan solat manakala Nabi sallallahu alaihi wassallam tidak keluar untuk solat bersama.


Ketidakupayaan ketika sakit seperti ini adalah perkara biasa bagi manusia. Apatah lagi jika manusia biasa yang bukanlah lebih mulia dari Nabi dibius dengan ubat tidur yang kuat. Kehebatannya mengalahkan Nabi pula. Bukankah ianya kelihatan karut dan melampau-lampau kekarutannya.

Jika benar kisah karut ini, mohon rakamkan Nik Aziz bangun mengambil wuduk, bertahajjut, bersolat, minum teh, berbual, dalam keadaan beliau diberi ubat tidur yang dikatakan kuat itu. Zaman sekarang semua sudah ada handphone yang canggih untuk rakam video.

Jangan biarkan kisah² karut ini menjadi bahan dan modal politik. Kisah seperti ini tidak lebih hanya menjadi bahan gelak ketawa orang ramai. Saya bersimpati dengan Nik Aziz dan keluarganya yang menjadi mangsa bahan reka cerita kisah tahyul seperti ini.

Semoga Allah memudahkan urusan Nik Aziz dan keluarganya. Semoga Allah mengampunkan beliau. Semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau dan pengikutnya. Semoga dibukakan hati beliau dan pengikutnya untuk kembali taat kepada pemerintah sekaligus menyatukan umat Islam di Malaysia.

Allahua'lam...

-Abu Aqif Studio-

9 comments:

Anonymous said...

biarkanlah. cerita ni untuk ahli pas sahaja, bukan pasma. pemimpin pas terkecuali pasal dah pandai berfikir. ahli pas jenis percaya kat tok guru dan itulah yang mereka inginkan. melihat tok guru jadi keramat. kalu tok guru meninggal dunia, pasti banyak lilin dan kemenyan kat kubur tok guru, orang minta nombor.

Anonymous said...

Kalau ayam haram di makan kerana patuk najis, kalau tupai halal di makan kerana tupai makan makanan atas pokok, kalau nabi sama macam mamat2 kampung di Kelantan......payah nak yakin ada karomah.....tau karomah tu apa? Tak tau? Karomah tu haid nya orang lelaki. Tak faham? Cari faham sendiri.......

Anonymous said...

Membaruakan ulama' yg tak sependapat,
Berkawan dgn setan,
Menuduh Tuhan mencarut dan samseng,.....
Karomah ?

Anonymous said...

Takkan tak yakin, gambar dia yang tenggelam banjir pun tidak rosak.

Anonymous said...

Hmmmm....gambar tak rosak dalam banjir...karomah.....tapi mesin parut kelapa tak hanyut rumah yang besar punah karomah juga le yea? Nomor plet motor tak di salut selut dalam banjir pun karomah? Baju sekolah tak kotor dalam lumpur pun baju karomah? Yang batang balak ketuk pintu rumah lepas banjir ramai2 tu karomah apa pula yea?

Anonymous said...

Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,

Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,

Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,

Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...

Haa haaa Haaa

Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....

Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...

Anonymous said...

PERHATIAN:
Blogger Upahan Perompak dan Lanun seperti di bawah adalah merupakan DURI DLM DAGING, GUNTUNG DLM LIPATAN yg masih dikategorikan sebagai Blogger Pro-Kerajaan walaupon hasil kerja mereka ini sebenarnya Melemahkan Kerajaan, Menganggu-gugat, melagakan Pemimpin Sedia Ada (Bukannya yang dah Pencen), dan Mengutuk, Mencari Salah sana sini Pentadbiran PM DS Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri dan juga Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional - UMNO.


1. OutSyed The Box - Syed Akbar Ali
2. Din Turtle
3. The Scribe A Kadir Jasin
4. Zamkata - Zainuddin Maidin
3. The Sense, Credibility and Accountability
4. Life of Annie
5. Apanama

Silalah kemukakan bukti, setakat hari ini Rabu, 28 Januari 2015, berapa banyakkah artikel, tulisan yang menyentuh, menceritakan, memberi gambaran mengenai Salah Laku Tun Mahathir dan Tun Daim? Apakah semasa zaman Pentadbiran Tun Dr Mahathir, segalanya sempurna? Kenapa Isu Tol Tak pernah turun yg dibuat semasa Tun tidak dibangkitkan oleh Blogger ini? Apatahlagi isu-isu mengenai Kejahatan Regim DAP Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng, Anwar Ibrahim, Mohd Sabu dan sebagainya. TIDAK, mereka ini hanya berminat mengenai hal-hal berkaitan yang hanya bertumpu kpd PM DS Mohd Najib dan kesuluruhan pentadbiran beliau.

Adalah dipercayai bahawa Mereka ini dibiayai oleh Mahazalim MahaFiraun Tun Mahathir dan Perompak @ Lanun Wang Rakyat Tun Daim Zainuddin samada secara terus mahupon secara Proksi. Mereka ini ada tabung yang kuat dan sebarang isu yang memburukkan Kerajaan DS Moh\d Najib, mereka akan dapat Hadiah Saguhati..

Oleh itu, Blogger Pro-Kerajaan perlu berhati-hati dengan setan dan jin yang nampak bersama kamu di dalam menentang Cyber Red Bean Army Pakatan Rakyat Kelolaan DAPigs, tapi setan-setan dan jin ini membunuh usaha kamu secara halus-halusan.

Anonymous said...

Bro, truskan usaha 'perangi' anwar ibrahim. teruskan menulis dan highlight pada kes liwat anwar - saiful sbg sexual harassment antara majikan dan pekerja.

maae said...

Kita memohon kepada Allah SWT :-

1. Semua kita bertaubat di atas kesalahan nyata dan tidak ketara yang pernah dan bakal kita ulang-lakukan dalama kehidupan sehari-hari

2. Kita memohon agar TGNA juga bertaubat di atas kesempatan yang di berikan Allah SWT kepada beliau di atas kesalahan yang telah di lakukan.

Maka surah Yasin sudah peringatkan. Jika manusia itu di panjangkan umur tidak lain azab Allah atau petanda peringatan yang baik atau yang buruk. Jika umur panjang di kembalikan semula ke perilaku zaman kanak-kanak nya ia tidak lain satu bala Allah kepada nya.

Maka itu Allah amat menyukai anak-anak muda yang berfikiran matang melangkaui umur muda nya. Allah tidak menyukai umur tua yang kembali ke zaman budak-budak nya. Renungi lah maksud ayat-ayat Allah SWT itu.

Sebagai Islam, kita sentiasa bermuhasabah dan melupakan "kezaliman" yang beliau pernah lakukan. Kepada mahasetia Pas, hanya Nabi Muhammad SAW itu maksum, di bersih hati nya dan di jaga keRasulan nya. Sebelum nya baginda melalui kehidupan rutin susah payah juga.

Hentikan ketaksuban. Ia tidak lain menjurus kesyirikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...